Ahad, 12 Jun 2011

Drama InsyaAllah di Astro Oasis


salam..

hee sebenarnya nak update pasal drama nie hari jumaat lepas. tapi disebabkan saya berada di kampung, faham-faham jelah line broadband agak slow dari biasa.. so terpaksa menanti hingga pulang ke melaka.

Astro oasis memang gemar menayangkan drama-drama yang memberi banyak contoh tauladan kepada penonton.. kalau sebelum nie ada drama La Iqra Ha Fiddin, hari jumaat tu drama insyaAllah pula dipertontonkan.. Antara pelakon2nya ialah Syah Iskandar,Erin Malek,Kismah Johar,Shahrulnizam Nor,Lydiawati and ramai lagi

sinopsis cerita nie tentang seorang anak yang dibela oleh neneknya dari usia seminggu kerana kesempitan hidup kedua ibu bapanya. kemudian apabila dewasa beliau meminta ibu bapanya pulang ke kampung kerana beliau mahu menyambung pelajarannya di unimap. ibu bapanya hanya pulang ke kampung sebentar kemudian terpaksa balik ke KL semula kerana ada urusan dan berjanji kepada amran (syah iskandar) mereka akan pulang malam itu juga. tapi kenduri kesyukuran yang mahu diadakan bertukar kepada kenduri arwah setelah kedua jenazah ibu bapanya yang pulang.

sebelum ibu bapa amran bertolak mereka telah berpesan kepada amran supaya menjaga kedua adiknya, dan hanya insyaAllah yang mampu amran jawab. itula kaitan cerita nie dengan tajuknya.

julia (erin malek) menyalahkan amran atas kematian ibu bapanya.. adik lelaki amran pula danial menangis dikubur pada malam hari kerana kesedihan dan merindui orang tuanya.. bermulanya konflik apabila danial membuat bermacam perkara yang menyusahkan neneknya dengan melepaskan lembu orang kampung. neneknya terpaksa menggadaikan rantai untuk membayar ganti rugi. ini berlaku kerana mahu mendapatkan perhatian. dan julia pula masih mengganggap dirinya orang bandar, bergaul dengan budak nakal bernama razak. julia hampir diperkosa tetapi dapat diselamatkan amran setelah diberitahu oleh danial yang julia bersama razak.

ketika menyelamatkan julia, amran ditikam oleh razak. dan selepas itu julia mula sedar dan akhirnya mereka hidup bahagia. bagi haku cerita nie memaparkan pengorbanan seorang nenek dan abang setelah mereka hilang tempat bergantung.. sedih juga tengok cerita nie, tapi banyak pengajaran yang boleh kita dapat.. sesiapa yang belum tengok,nanti mesti ada ulangan.. so korang boleh tengok.

p/s: jatuh hati kat watak amran.. heee :)

1 ulasan:

Deqmie berkata...

fara.. maaf la sy tak ingat lagu yg ada dlm cerita nie :)