Ahad, 29 Ogos 2010

berbuka puasa + hang out..


salam...


sekarang nie agak susah untuk mengupdate blog
sebab my lappy bermasalah
lau nak guna kene "pujuk" and layan "kerenah" dia dulu
sabar kan jela..

27 hb hari tu
haku dan classmate keluar berbuka bersama-sama
kat pantai puteri
semua planning berjalan lancar walaupun ada masalah
biasalah,first time keluar ramai-ramai
kredit to aus,ijat,ammar,mira dan yang lain-lain
sebab berjaya arrange semuanya ye..

kami semua sangat berpuas hati..
berbaloi-baloi..
lepas berbuka,solat semua
kami gerak ke bandar melaka
jalan-jalan dan snap pic bagai..
memori yang sangat indah..
next time buat lagi ye..


jalan-jalan..
jejaka di atas ijat,ammar and husny :)

nie antara lauk2 yg kami makan,gambar nie je ade..
yg lain dalam kamera aus..

muka-muka gembira selepas jawab test ctu


sempat lagi snap pic sebelum gerak ke pantai puteri


Jumaat, 27 Ogos 2010

isteri solehah buah cinta suami






Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :

"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.


Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:


1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)

Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.

Rasululllah S.A.W bersabda,

"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"


2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.


3. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW:

"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)

Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.


4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.


5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.

Allah SWT berfirman, ertinya:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)

Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.

Firman Allah yang bermaksud:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)


6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.


Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Bersikap malu terhadap suami.



p/s : thanks kak hurul mardhiyah sebab bagi kebenaran utk share.. :)


Khamis, 26 Ogos 2010

kempen 1 blog 1 bendera..


salam..
time blogwalking tadi
saya ada ternampak kempen nie
sempena bulan kemerdekaan
kawan-kawan
jum join..

nak tahu lebih lanjut
boleh pegi ke blog nie
kempen 1 blog 1 bendera

korang boleh pilih macam-macam
jenis bendera
pilih la yang korang suke


"selamat hari kemerdekaan"
heee :)

Sabtu, 21 Ogos 2010

"atiqah homemade chocolate contest"


salam..
ok first time join contest..
saja-saja nak cuba nasib
tak tahan woo tengok coklat-coklat yang menggiurkan tu..
adeh sangat terliur..
dahla haku penggemar tegar coklat
sangat kagum dengan kemahiran empunya blog
coklat-coklat buatan beliau cantik-cantik
sangat menarik perhatian untuk di beli..

sesiapa yang sangat menggemari coklat
dan nak beli untuk dimakan sendiri
atau sebagai hadiah untuk yang tersayang
meh jenguk-jenguk blog
beliau

atiqah homemade chocolate

kadang-kadang rasa macam nak belajar je buat homemade chocolate tu
mesti best..
dapat hadiahkan kat kawan-kawan
lagi-lagi adik perempuan haku yang "hantu coklat" tu

Khamis, 19 Ogos 2010

dah beli...

salam...

akhirnya..
haku dah beli tiket untuk cuti raya nanti
heee
suke suke.
so,takde la haku dok pikir pasal tak beli tiket lagi


kredit to amiran nabihah and fakhruddin
yang sangat baik hati,belikan tiket untuk haku
sayang korang lebih
nanti kita balik sesama eh..
ngeeee

sahabat-sahabat bloggers
lebih-lebih lagi yang diperatauan tu
dah beli tiket belum??
sila beli awal-awal bagi mengelakkan tiket habis.

macam haku melaka johor
tak jauh sangat la
tapi time-time genting macam cuti hari raya
mesti tiket awal-awal dah sold out
so kene beli awal jugak..

sangat tak sabar nak balik
tahun nie
turn haku buat kuih raye..
wahhhh
lagi la tak sabar nak balik
mahu cuba resepi baru
dah lama tak tunjuk skill buat kuih raye nie..

Selasa, 17 Ogos 2010

apa haku buat ko nak ikut pehal..

salam..
maaf,agak sibuk kebelakangan nie menyiapkan tugasan-tugasan
hanya sempat menjenguk je blog nie
hari nie ada ruang untuk update blog..
sangat letih + tak cukup tido + hati disakiti lagi
memang takde mood
tapi buat-buat tak layan je
mood sy yg ngengade nie

berkenaan tajuk tu
haku geram betul dengan manusia sorang nie
apa yang haku buat semua nak ikut
naik rimas haku
jadilah diri sendiri cik kak oi
adeh.. lame-lame menyampah pulak haku



rimas +lemas
dengan keadaan macam tu
bagilah haku peluang untuk selesa dalam bilik nie
nie tak, ade je modal nak cari pasal
ko keluarkan la modal macam mane pun
haku takkan layan
diulangi TAKKAN LAYAN
bak kata incik bf "awak wat tak tahu jela,tak payah dilayan"
baaikkkk
memang haku tak layan dah

so,ko nak macam orang giler pun
haku tak ambik kesah dah..
sekarang yang penting ialah diri haku
fikirkan diri haku dulu
haku dah tak nak kena pijak-pijak dah
mentang-mentang haku diam
bajet ko boleh layan haku macam haram la
SORRY TO SAY,
lupakan je niat ko untuk mencetuskan kemarahan haku..

Sabtu, 14 Ogos 2010

ubat hati..

salam..

siapa suka lagu ubat hati by opick
sila angkat tangan..
heee
saya sangat meminati lagu-lagu beliau
dan lagu ubat hati nie
memang sangat terkesan di hati..


Ubat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah Taala mencukupi..

p/s : nak dengar korang boleh search kat youtube..
lagu nie ade dua versi
versi jawa dan versi melayu
silalah menghayati..

Jumaat, 13 Ogos 2010

sementara itu..

salam..


selepas sahur haku memang tak boleh nak lelapkan mata
so,haku ambil keputusan untuk menunggu terus waktu subuh
sementara tu baru haku ingat kat blog yang tak berupdate nie
maaf ye kawan-kawan
agak sibuk mengalahkan pm minggu nie.. hee

alhamdulillah,
awal puasa tu haku sempat melarikan diri dari uitm nie
dengan nekad and selambenye haku balik ke rumah..
so,dapatla berkumpul bersam keluarga
di puasa yang pertama..

bukan apa,
haku dah biasa bersama keluarga dihari penting macam tu
sekali mesti nak juga berkumpul dengan keluarga
kalau tak, haku rasa tak lengkap je..
best puasa jauh dari keluarga nie
ajar diri kita berdikari..
tapi...
haku rasa keseorangan..
berbuka sorang-sorang
sahur sorang-sorang
sayu jek..

tapi tak pe,
demi kejayaan haku
haku sanggup harunginya
di bulan yang mulia nie juga
haku dah tekad
nak menjadi insan dan anak yang lebih menyenangkan hati kedua ibu bapa
haku harap perubahan ini akan kekal
walaupun bulan puasa akan tamat nanti
takkan lah haku nak berubah
di bulan puasa je kan
haku harap ini berterusan..

tengah berusaha sedaya upaya
meningkatkan amal di bulan puasa
mahu mendekatkan diri kepada ALLAH..
semoga haku akan terus begini..
amin....

Ahad, 8 Ogos 2010

for you sayang..

8salam..

haku dapat tahu lagu nie dari blog pabila faten membebel.. then,haku dengar la.. lagu yang sangat-sangat la sweet.. korang boleh dengar lagu nie kat youtube.. sangat best.. heee

Perfect two by auburn

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry


Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
No..

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

p/s : i love you sayang.. heee

Sabtu, 7 Ogos 2010

tahniah sayang !!


salam..

nak berkongsi kegembiraan dengan kamu semua..
sebab esok my bf konvo..
heee

awak...
tahniah ye..
saya sangat gembira untuk awak..
maaf,tak dapat hadir esok..
tapi awak tahukan
saya sentiasa ada untuk awak..
doa saya sentiasa menemani awak..

dua tiga hari nie kita asyik gaduh je kan
ada je yang tak kene
bila masing-masing dah luahkan
semuanya kembali normal
saya dah semakin bahagia
terasa semakin dekat dengan awak..
dan saya harap awak pun macam tu..

semoga awak terus bahagia
i love you mohd sabri mohd
sayang awak...
heeeeeee

Jumaat, 6 Ogos 2010

yang dirindui...


salam...

agak sibuk beberapa hari nie sebab bertungkus lumus menyiapkan asignment yang banyak.. cehh ayat macam bagus je..
Alhamdulillah dah siap asingment2 tersebut,presentation pun berjalan dengan lancar..
Allah permudahkan semuanya..
bersyukur Ya Allah..


akhirnya yang ku nanti-nantikan , yang ku rindui semakin hampir..
bulan penuh kerahmatan.. bulan ramadhan..
dah menjadi kebiasaan dalam hidup haku
ade satu kerinduan yang teramat sangat apabila bulan ramadhan menjelma

satu perasaan yang buat haku rasa sangat bertuah untuk merasainya..

sangat menantikan ketenangan dan kebahagiaan di bulan mulia ini
semoga haku dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran
dengan penuh kesabaran..
seboleh mungkin mahu mendekatkan diriku kepadaMU
Ya Allah..

"kepada sahabat-sahabat blogger selamat menyambut ramadhan al mubarak."


"tak lupa juga untuk saudara
fathi adha , selamat hari lahir.. may ALLAH bless you.."

Isnin, 2 Ogos 2010

selamat hari lahir angah n adik..

salam..


tak terlambat rasanya nak wish selamat hari lahir kepada angahku mohd helmi dan adik ku muhammad syukuri..
sorry la korang takde hadiah tahun nie
tapi hari tu haku dah masakkan yang sedap2 untuk korangkan
lau pun haku penat tapi haku masakkan jugak untuk korang
berselera je haku tengok korang makan
so memang haku masak sedaplakan
korang kene akuinya ya..
ngeee


angah..
thanks sebab ko banyak tolong haku
haku dah jejak kaki kat u nie pun ko still tolong haku
haku bersyukur dapat abang macam kau
dulu,time haku sekolah menengah
ko sanggup bangun pagi-pagi antar haku pegi sekolah
walaupun ko baru je balik shif malam
tido kejap,then bangun hantar haku..
kalau orang tak sabar takde maknanya nak hantarkan..
tapi kau..
sanggup je..
lagi satu,laupun ko seorang yang protective
tapi haku suka
sekurang-kurangnya haku takla terlibat dengan masalah sosial kat luar tu
sanggup jadi driver haku kalau haku nak pegi mane-mane
jemput haku balik bagai
thanks angah
sayang ko !!
heee

kuri..
adik paling degil
selalu buat akak susah hati
ada je masalah ko buat tapi akak jugak yang backup ko kat depan mak ayah kan
akak tetap sayang ko..
hehe
sorry dik,hadiah tak dapat bagi
nanti ada masa akak beli ye.
semoga jadi anak yang soleh
belajar rajin-rajin
senangkan hati mak ayah selalu
mwah2
weee