Isnin, 27 September 2010

di adaptasi dan diolah dari puisi nukilan Syed Naquib Al-Attas.

AKU MELIHAT DUNIA HARI INI
ORANG-ORANG ISLAM IBARAT DIGENGGAM
BELENGGU ORANG-ORANG KAFIR
AKHIRAT MEREKA LUPUT
DUNIA PUN TERCICIR
BUDAYA JAHIL TIDAK DIAMBIL PEDULI
MELAMPAU-LAMPAU DALAM HIBURAN
KHAYALAN KETERLALUAN
LUAS…LUAS MEMBANJIR
TERUK…TAK TERTAKSIR ORANG-ORANG YANG KARAM
BARUS, SINGKEL, PASAI , RANIR, CORDOBA, BAGHDAD, ANDALUS
HILANG…HILANG DITELAN ZAMAN
KITA LUPA SEMUA JAWABAN PERSOALAN KEHIDUPAN YANG MAHIR DIHAFAL
MAMPUKAH KITA NAK JAWAB DI DEPAN MUNGKAR DAN NAKIR NANTI
SETENGAH-SETENGAH ORANG BERKATA, SEJARAH INI IBARAT PENTAS BERMAIN WAYANG
CERITA-CERITA LAMPAU DIHURAI, DIPANJANG-PANJANGKAN
BILA TAMAT, DIULANG…DAN DIULANG…ULANG KEMBALI
ITULAH SEJARAH
KALAU BEGITU, TAKKANLAH MUSTAHIL
UNTUK GILIRAN ISLAM PULA YANG MENDATANG
TAMADUN KITA YANG LAMA DAHULU YANG INDAH GEMILANG
HIDUP SEMULA, KEMBALI SEGAR BUGAR TERBENTANG, DI DUNIA YANG LUAS
"Ya Allah.. tetapkan aku dengan agamaMU.. peliharalah aku dari terjerumus ke lembah hina.. cintaku yang paling agung hanya untukMU"

Jumaat, 24 September 2010

berada di library..

salam..

maaf agak lama mendiamkan diri tanpa sebarang entry
agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti persatuan
mendengar manifesto,dan keluar mengundi
cewahhh..



sekarang sedang sangat gigih menyiapkan tugasan law
tajuk tugasan kali nie agak menguji
iaitu tragedi natrah dan perlu kaitkannya dengan undang-undang syariah
kene banyak buat research dan sebagainya

sebenarnya
banyak pengajaran yang haku dapat dari kisah nie
cuba menghayati watak natrah dengan sebaik mungkin
pergolakan dalam dirinya
memerlukan kekuatan dan pegangan agama yang kukuh
untuk menghadapinya
kisah yang sangat menyentuh perasaan

hee
mula dah nak bermain dengan emosi
lepas nie nak study perbicaraan yang berlaku time tu pula
nak siapkan tugasan tu hari nie juga
sebab esok nak pergi berpoya-poya dengan kawan-kawan..

p/s: ade manusia sengal nak berkaraoke dalam library ni
memang mintak maki..

Ahad, 19 September 2010

kembali..

salam..

hai semua..
kembali mengupdate blog.
cuti raya,blog pun cuti entry baru
bukan apa kat kampung line broadband tak selaju di U
kene tunggu dengan kesabaran untuk tengok blog haku nie
so haku ambil keputusan untuk tak buat apa-apa entry time cuti


masih tak terlewat haku naku ucap selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir dan batin


raya tahun nie,tak segembira raya-raya yang lepas
entah kenapa
demam + sakit lame menyerang
buat haku rasa tak best sangat
terpaksala ke kuliah dalam keadaan tehincut-hincut
lutut haku mengalami kecederaan lagi
sakit yang teramat sangat
Allah sahaja yang tahu
satu dugaan.
kalau tak sembuh juga kecederaan nie
mahunya haku kene operation..
adehhla..

kembali menjalani kehidupan seorang pelajar..


Rabu, 1 September 2010

fitnah mainan hidup ke?

salam

haku hairan manusia sekarang nie
dosa pahala tak ambil kesah dah
suka-suka je nak fitnah orang
semata-mata nak puaskan hati yang penuh hasad dengki tu..

minggu nie haku down sangat
manusia yang haku anggap takkan sanggup buat macam tu
fitnah haku dekat kawan-kawan yang lain
masyaAllah..
kenapala kau sanggup buat haku macam nie..

apa yang kau dapat dengan buat macam tu
kau dapat duit ke.??
bulan yang suci nie ko cemarkan dengan fitnah-fitnah
yang ko lemparkan kat haku.

apa yang kau tak puas hati sangat
terus terang sudah
tak payah nak buat fitnah
kau jangan fikir ko buat macam nie
haku akan marah-marah
then serang kau

haku bukan manusia takde akal
haku bukan budak-budak lagi
nak buat perkara tak matang macam tu
takpela,haku doakan kau diberi kesedaran je
ALLAH tu maha adil
maha mendengar dan melihat..
haku yakin dengan kekuasaan ALLAH.

semoga kau sedar kesilapan kau
berubahla..
sampai bila kau nak terus macam tu..
ingat langit tak sentiasa cerah
sekarang mungkin kau happy tengok haku derita
tapi tak mustahil nanti ko lagi derita dari haku..