Rabu, 27 Julai 2011

wordless wednesday - Subhanallah, indahnya



gambar ihsan google

Isnin, 25 Julai 2011

MATI itu pasti..



salam..
kegembiraan masih tiada
hati masih merindukannya
air mata tak mengalir
tetapi hujan dihati tak penah reda.

ya ALLAH..
kuatkanlah hati hambamu ini..
dugaan mu,,
haku redha..

sabtu, 23/7/2011
terpinga-pinga menerima khabar kepergian arwah mak longku..
terkilan,sehari sebelum berjumpa tetapi tidak menyapa..
hatiku sedih, inikan pula hati paklongku yang kehilangan isteri tercinta
sepupu-sepupuku kehilangan bonda tercinta..
ya ALLAH..
tabahkanlah hati mereka..
kuatkanlah diri mereka..

ahad, 24/7/2011
sewaktu perjalanan pulang ke melaka
dikejutkan dengan sms
sahabat baik ku kembali ke rahmatullah
kerana kemalangan..
kesedihan semalam masih terasa,,
sebak.. tak terkata..
hanya alfatihah tak berhenti-henti dilafazkan dan dihadiahkan kepada yang pergi..





Sabtu, 16 Julai 2011

muslimah (=

"Pandangan mata seorang wanita lebih tajam dan merbahaya daripada tembusan panah yang berbisa. Oleh itu awasilah selalu agar jangan terkena panahan matanya..."

Aduhai wanita sungguh mahal pandangan mu di mata lelaki, tapi kenapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu terlalu agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi pencipta mu; namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan diri mu sendiri. Menjadi wanita adalah satu anugerah yang tepaling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkah mu, halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita sebenarnya, maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah bongkah batu yang besar, kau menepis dengan penuh sabar tiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onar. Percayalah wanita, akan ada bahagia diakhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku, terima saja makian yang bederu deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir bibir sumbing yang ingin melihat mu sungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.

Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu disetiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak katikan iman mu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata mata, jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong. Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan sang jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, syurga itu sentiasa menanti mu. Bulatnya iman dan takwa sumaiyah ketika di hunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat iman mu harus kepada pencipta mu.

Peganglah kata kata ini, "kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuan mu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku, biar kebijaksanaan mu terpampang oleh tingginya ilmu mu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi srikandi agama terdahulu. Jadikan agama mu sebagai tunjang yang memperkasakan akidah mu, biar kesabaranmu manjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan iman mu dengan sejuta lapis sifat mahmuda. Jadilah kita wanita paling bahagia.


source: tentangcinta.com

Jumaat, 15 Julai 2011

doa buat kami (=


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin

source: tentangcinta.com

Khamis, 14 Julai 2011

love is in the air..


Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yan
g melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hati
ku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...


Rabu, 13 Julai 2011

wordless wednesday - doakan saya (=

salam..
dalam islam, ade konsep hijrah kan..
inilah impian saya
keinginan untuk manjadi muslimah seperti yang dituntut
doakan saya supaya dapat mengecapinya,,
insyaALLAH..
setiap perkara memerlukan masa dan persediaan,,
ya ALLAH,,
YANG MAHA MENGETAHUI..


Isnin, 11 Julai 2011

jika dia benar untukku (=

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu



*********************

Ahad, 3 Julai 2011

sebelum judge orang, cermin diri la beb !!

salam..
tengok tajuk memang dah tahu haku marahkan
serius haku menyampah dengan orang yang suka judge orang lain
dengar sebelah pihak,tak tahu asal usul cerita
terus nak banned haku..
ape kejadahnya??

kalau tak tahu cerita sebenar
duduk diam-diam sudah..
tak payah nak sibuk tanya sini tanya sana
lepas tu nak pengaruh kawan-kawan haku bagai
kau nak judge haku baik ke jahat
kau layak ke?
layak ke kau??

kau dah sempurna sangat?
dah muhasabah diri kau..
berapa kali sehari kau muhasabah diri?

kalau tak puas hati
face to face
haku tak bukak aib orang
sebab haku yakin ALLAH jaga aib haku
tak tahula kalau kau tak yakinkan

so ko nak fitnah haku sepanjang masa,
buat la kalau tu buat hidup kau bahagia.

ya hakikat haku tahu
untuk dapat kawan susah dan senang
memang susah
depan cakap kawan
belakang duk mengumpat pasal kawan sendiri
haku tahu, kau sembunyi macam mana pun haku tahu..
ALLAH tu maha berkuasa..

niat haku ikhlas kerana ALLAH
time susah, selagi mampu haku tolong
haku tolong..
tapi haku terkilan, time senang
haku dilupakan..
sedih, ya haku sedih
tapi takpe..
kita tolong orang tak harapkan balasan.
itu ihsan paling indah..

nak jaga hati orang
akhirnya diri sendiri terluka..
baik buruk kau haku simpan
penah dengar ke aib kau
tersebar dengan jayanya..
tak penah kan..
takpe, haku tak nak jawab kat akhirat nti..
tu umpama amanah untuk haku



p/s: la tahzan ya hidayah..