Isnin, 10 Ogos 2009

Kurangkan stress....

Terdapat beberapa tip yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Banyakkan membaca al-quran
  • Banyakkan solat sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis dengan sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • Cintai diri sendiri

Di ambil daripada majalah MIDI

Jumaat, 7 Ogos 2009

Cantiknya wanita itu......

Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

Khamis, 6 Ogos 2009

Rahsia bulan kelahiran haku....

berdasarkan kajian oleh dato' fadzilah kamsah.

bulan mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan,
mudah didampingi,
sgt pemalu dan pemendam rasa,
sgt baik secara semulajadi,
jujur pemurah dan mudah simpati,
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran,
suka pada kedamaian,
sgt peka kepada orang lain,
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain,
tidak cepat marah dan sangat amanah,
tahu balas budi dan tahu kenang budi,
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam,
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal,
suka berangan-angan,
suka melancong,
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi,
kelam kabut dalam memilih pasangan,
suka dgn hiasan rumahtangga,
punya bakat seni dalam bidang muzik,
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik,
jgn terlalu moody.

p/s:ayat yang haku bold kan tu memang kena dengan diri haku.....
yang ayat warna merah tu,entahla.. haku rasa takde dalam diri haku....
yang lain-lain tu wallahualam......

Rindu kat shanda and ieraku.........


shanda ku @ putera iskandar
ieraku @ naziatul faziera

Lagu favourite haku.....

DUTA FEAT BAIZURA KAHAR-CINTA ANTARA KITA



Duta:Sejak dari dulu

ku menyintaimu

kau tahu begitu namun kau berpura

ku masih teringat kau peluk diriku

yang telah membuat ku menyintai mu



Sudah berapa lama

diriku ini

tak bertemu mu

mungkin ku harap jua

kau merindu ku

sebagaimanaku rinduimu



Duta:Cinta antara kita

tiada penghalangnya

walau akhir usia

ku menyinta dirimu

ku hanya menunggu mu

menyata kau cintaku

ku kan berjanji

menyintamu syg….


Baizura Kahar:Setelah kau pergi jauh dari sisi

tiada ku cinta selain dirimu

ku ingin bersama dgnmu selamanya

walaupun sehingga ke akhir nyawa

mungkin kau tak mengerti

maksud ku dulu pada dirimu

kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu


Baizura Kahar:cinta antara kita

tiada penghalangnya

walau akhir usiaku menyintai dirimu

ku hanya menunggu mu

menyata kau cintaku

ku kan berjanji

menyintamu sayang….


Duta:sudah berapa lama

diriku ini

tak bertemu mu


Baizura Kahar:mungkin ku harap jua

kau merindu ku

sebagaimanaku rindumu


Duta:Cinta antara kita

tiada penghalangnya

walau akhir usia

ku menyinta dirimu


Baizura Kahar:Hanya menunggu mu

menyata kau cintaku

ku kan berjanji

menyintamu sayang….


Duta and Baizura Kahar:cinta antara kita

tiada penghalangnya

walau akhir usia

ku menyintai dirimu

ku hanya menunggu mu

menyata kau cintaku

ku kan berjanji

menyintamu syg…

ku kan berjanji

menyintamu syg...


Ahad, 2 Ogos 2009

Adik haku accidents...




Assalamualaikum...


hari nie haku nak citer pasal adik haku yang lelaki.. tadi haku call adik perempuan haku,tibe-tibe je die suro haku cakap dengan adik laki haku.. hurm,rupe-rupenye adik laki haku tu accident dengan anak pakcik haku.. berderau darah haku bile dengar,risau accident teruk.. adik haku masuk hospital sehari,tapi anak pakcik haku kene stay dua tiga hari sebab tempurung retak.. korang terbayang tak cam ne teruk accident tu sampai tempurung kepale retak.. mesti laju adik haku bawak motor.. dah bape kali haku tegur,jangan bawak motor tpi die tak dengar. niela akibatnye.. tadi nak marah tak sampai hati... budak-budak sekarang nie tak faham betul haku,kecik2 dah nak belajar bawak motor kete la apela.... ikut kepale diorang je... baik2 sihat tak pasal2 sakit... harap2 anak pakcik haku tu okey je n tak de kecederaan lain.... bile haku takde kat rumah berani buat perangai,cube kalau haku ade pijak semut pun tak mati...

Sabtu, 1 Ogos 2009

PTPTN.....

nie number giliran yang haku dapat tadi.........



Assalamualaikum....


hari nie haku kene buat penyerahan surat tawaran ptptn...... kene beratur panjang,then bersesak-sesak dengan orang ramai. hurm, tu yang haku tak suke tu...... masuk-masuk dewan haku dapat number giliran 2665,number yang terkini 2102.... peh giler,lame haku kene tunggu... penat,bosan semua ade..... macam-macam ragam haku tengok...... yang haku kesian pun ade... pegawai tu pulak nak marah-marah..... semua orang penat,ingat korang je ke ke????? tak boleh ke cakap baik-baik..... ni tak,nak tinggi-tinggi suara.... buat orang stress je...