Jumaat, 29 Januari 2010

selamat malam - faizal tahir

salam.. haku suke dgr lagu nie,entah kenape... lirik yang puitis haku rase , or maybe
sesuai dengan jiwa and perasaan haku sekarang... nice song..



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarlahkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang oooo…
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang oooo…

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku

ilmu...

salam...

malam nie takde ape nak dibuat , takde lagi tande2 mengantuk.. semua keje , alhamdulillah haku dapat siapkan tadi.. lau pun cam susah je nak ingat ilmu-ilmu time darjah khas dulu.. padahal pasal sirah tamadun islam je.. tu pun haku tak ingat,sangat tak berguna haku nie... niela akibat lau dah dapat ilmu pastu tinggalkan , taknak mendalami lagi.. korang jangan ikut macam ape yang haku dah buat nie.. so , malam nie haku ambil keputusan untuk bace buku2 nie..

  • kelebihan surah-surah di dalam al-quran
  • kemanisan solat
  • 99 solat sunat
  • 111 wasiat Rasulullah S.A.W untuk wanita solehah

Rabu, 27 Januari 2010

hari nie...




salam..






hari nie memang terbaik la.. haku happy and semua yg haku buat berjalan dgn lancar,takde masalah.. and boleh dikatekan jugak hari nie hari bertuah haku.. semua orang sangat baik hati dgn haku hari nie..

tadi kat cafe ramai giler manusia.. kene beratur panjang.. kat depan haku semua senior lelaki,haku je terselit perempuan kat situ.. then tibe2 ade satu abang kat depan cakap.. "dek,meh ar ganti tempat abang nie.. biar abang beratur kat belakang" haku tersenyum then haku cakap "takpela,sy boleh tunggu.. tak tergesa2 pun..." lepas haku cakap macam tu kawan2 abang tu cakap.. "ala dek gi je depan tu,ladies first kot.." haha.. macam dah berpakat je dorang nie.. but haku still taknak la,nanti ape lak orang cakap potong Q kan.. tapi dorang still suro haku gi depan jugak,kecoh2 kat situ.. malu tu orang pandang.. so haku gi jela depan.. lepas bayar haku cakap thanks kat abang tu... haha.. cam pelik lak hari nie..

tadi kat class pun haku happy je.. belajar pun senang je masuk,,, markah kuiz eko pun gempak.. bertambah2 happy la haku.. so, haku rase haku patut teruskan je diri haku yang sekarang.. si manusia tak faham bahase tu takkan boleh kacau lagi emosi haku pasnie..






p/s : siape2 yang buat haku happy tu terima kasih banyakla.. especially for my bro... :)






Selasa, 26 Januari 2010

sukela ko tgk haku down lagi kan...

komemangshitlamanusia!!!!!!!!!
pegimatilah...
hakujijiktengokkotahutak.
bilekonakbladarihiduphaku.....

Ahad, 24 Januari 2010

plan cuti mid sem 13 - 20 febuari..

salam



tadi petang haku sangat bosan sebab takde ape nak buat , tibe2 je haku rase cam nak rancang something untuk cuti midsem haku bulan dua nie.. ade beberapa perkara yang haku tak berapa nak tahu sangat pasal sejarah negeri johor kesayangan haku nie.. so , haku mulekan pencarian kat "pakcik google" haku.. ngeh3x..





  • 13 hb => haku nak ajak family haku wat lawatan ilmiah sikit.. huhu.. haku nak gi muzium sejarah kota johor lama and muzium kota tinggi.. sebab haku nak tahu lebih lanjut pasal dua daerah nie.. ade persoalan yang tak terjawab lagi.. bolehla haku perkenalkan tentang sejarah johor kat anak2 buah haku yg comel2 tu.. ( dua tempat nie boleh pegi dalam satu hari)

  • 14-16 hb =>nak gi taman negara endau-rompin.. nak tengok air terjun yang cantik2 kat sane.. banyak aktiviti boleh wat.. ade chalet.. so memudahkan haku yang ade family besar nie..

  • nak gi makan angin kat pulau.. ade dua pulau nie,belum wat pilihan lagi.. pulau aur or pulau pemanggil.. dua2 sangat cantik,tempat penginapan yg murah dan sangat berbaloi2.. (along,angah.. kite gi dua2 boleh tak..huhu)
gambar ihsan dari google...

Sabtu, 23 Januari 2010

Tengku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru hari ini.

Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi.

Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Baginda menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim Ismail yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei. Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.

- Bernama

"DAULAT TUANKU"

Sultan Johor Mangkat



Sultan Johor mangkat
Jan 22, 10 11:30pm

TERKINI Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.


Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.


Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.


Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.


Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.


Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.


Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.



Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.



Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.


Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail imasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana besar Johor.



Menteri besar juga mengumumkan bahawa pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang.


Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam ini."Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.



Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong. "Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.


Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam ini waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi esok.Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok


-MALAYSIA KINI


Al-fatihah...