Di setiap pagi, matahari mula menampakkan dirinya dan ia tidak lupa untuk melakar senyuman manis dengan sinar cahayanya yang dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh alam ini. Begitu juga dengan manusia, Allah SWT menganugerahkan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita iaitu ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.Bayangkan hidup ini tanpa senyuman atau ketawa, adakah kehidupan ini menjadi indah ?
Islam juga mengalakkan kita senyum. Sabda Rasulullah SAW : “Senyum itu adalah sedekah”. Hadis ini memberi motivasi kepada kita bahawasanya senyuman itu umpama kita bersedekah. Paling mudah dan senang untuk dilakukan. Tetapi tidak semua mengetahui apakah rahsia disebalik senyuman itu terutama dari segi kesihatan. Betul tak ?
Ya…Bila ditanya apakah kelebihan dan istimewanya senyuman anda itu ? Em ada yang menjawab, “ia boleh merapatkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan, menghilangkan steress dan sebagainya”. Jawapan yang diberi itu memang betul, tetapi tahukah anda senyuman juga boleh menjadi penawar terbaik pada kesihatan terutama kepada jantung kita.
Kajian telah dibuat di California, menurut kajian tersebut doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalakkan menonton program komedi. Pesakit yang disifatkan sebagai ’suka ketawa’ menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.
Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan. Dr Lee Berk dari Universiti Loma Linda di California, yang mengetuai kajian, berkata: “Pakar klinikal terbaik memahami ada campur tangan fisiologi asas mengenai emosi positif seperti suka ketawa, optimis dan harapan seseorang. “Jadi, pilihan seseorang mengenai gaya hidup memberi impak penting kepada kesihatan dan penyakit.”
Luahan ketawa sebagai antara bentuk rawatan sudah dicadangkan sejak berdekad lalu, tetapi tidak banyak bukti kukuh mengenai kesan dari segi kesihatan kepada pesakit.
Bagi kajian terbaru, pesakit diminta memilih program komedi atau filem yang mereka dapati paling melucukan. Mereka kemudian diminta menonton program pilihan untuk sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama 12 bulan.
Hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan ‘Experimental Biology’ di New Orleans, menunjukkan selepas setahun kumpulan yang disifatkan suka ketawa menunjukkan peningkatan 26 peratus kolesterol baik.
Pesakit yang cuma mengambil ubat tanpa banyak ketawa cuma menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus. Kumpulan yang menonton program komedi juga menyaksikan penurunan 66 peratus dalam jumlah protein reaktif C yang merosakkan dan meningkatkan risiko sakit jantung, dalam tubuh. Sementara kumpulan satu lagi turut menyaksikan kejatuhan jumlah protein itu tetapi pada jumlah lebih kecil iaitu 26 peratus selama lebih setahun.
Kesimpulannya, setiap apa yang dianjurkan oleh Islam pasti ada hikmah dan rahsia disebalik suruhan itu. Cuma kita sahaja yang kurang mengkaji apakah rahsianya disebalik suruhan itu. Oleh itu, mulakan hari baru anda dengan lakaran senyuman dan ketawa kerana ia membuatkan diri anda merasa bahagia dan baik untuk kesihatan diri..

Diambil dari : Http://ibnismail.wordpress.com
1 ulasan:
Salam d.mie. gmbr2 tu cikgu dh emaill....aku nk send email kau yg mane satu?
Catat Ulasan