Jumaat, 29 Januari 2010

selamat malam - faizal tahir

salam.. haku suke dgr lagu nie,entah kenape... lirik yang puitis haku rase , or maybe
sesuai dengan jiwa and perasaan haku sekarang... nice song..



Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarlahkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan

Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang oooo…
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang oooo…

Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku

ilmu...

salam...

malam nie takde ape nak dibuat , takde lagi tande2 mengantuk.. semua keje , alhamdulillah haku dapat siapkan tadi.. lau pun cam susah je nak ingat ilmu-ilmu time darjah khas dulu.. padahal pasal sirah tamadun islam je.. tu pun haku tak ingat,sangat tak berguna haku nie... niela akibat lau dah dapat ilmu pastu tinggalkan , taknak mendalami lagi.. korang jangan ikut macam ape yang haku dah buat nie.. so , malam nie haku ambil keputusan untuk bace buku2 nie..

  • kelebihan surah-surah di dalam al-quran
  • kemanisan solat
  • 99 solat sunat
  • 111 wasiat Rasulullah S.A.W untuk wanita solehah

Rabu, 27 Januari 2010

hari nie...




salam..






hari nie memang terbaik la.. haku happy and semua yg haku buat berjalan dgn lancar,takde masalah.. and boleh dikatekan jugak hari nie hari bertuah haku.. semua orang sangat baik hati dgn haku hari nie..

tadi kat cafe ramai giler manusia.. kene beratur panjang.. kat depan haku semua senior lelaki,haku je terselit perempuan kat situ.. then tibe2 ade satu abang kat depan cakap.. "dek,meh ar ganti tempat abang nie.. biar abang beratur kat belakang" haku tersenyum then haku cakap "takpela,sy boleh tunggu.. tak tergesa2 pun..." lepas haku cakap macam tu kawan2 abang tu cakap.. "ala dek gi je depan tu,ladies first kot.." haha.. macam dah berpakat je dorang nie.. but haku still taknak la,nanti ape lak orang cakap potong Q kan.. tapi dorang still suro haku gi depan jugak,kecoh2 kat situ.. malu tu orang pandang.. so haku gi jela depan.. lepas bayar haku cakap thanks kat abang tu... haha.. cam pelik lak hari nie..

tadi kat class pun haku happy je.. belajar pun senang je masuk,,, markah kuiz eko pun gempak.. bertambah2 happy la haku.. so, haku rase haku patut teruskan je diri haku yang sekarang.. si manusia tak faham bahase tu takkan boleh kacau lagi emosi haku pasnie..






p/s : siape2 yang buat haku happy tu terima kasih banyakla.. especially for my bro... :)






Selasa, 26 Januari 2010

sukela ko tgk haku down lagi kan...

komemangshitlamanusia!!!!!!!!!
pegimatilah...
hakujijiktengokkotahutak.
bilekonakbladarihiduphaku.....

Ahad, 24 Januari 2010

plan cuti mid sem 13 - 20 febuari..

salam



tadi petang haku sangat bosan sebab takde ape nak buat , tibe2 je haku rase cam nak rancang something untuk cuti midsem haku bulan dua nie.. ade beberapa perkara yang haku tak berapa nak tahu sangat pasal sejarah negeri johor kesayangan haku nie.. so , haku mulekan pencarian kat "pakcik google" haku.. ngeh3x..





  • 13 hb => haku nak ajak family haku wat lawatan ilmiah sikit.. huhu.. haku nak gi muzium sejarah kota johor lama and muzium kota tinggi.. sebab haku nak tahu lebih lanjut pasal dua daerah nie.. ade persoalan yang tak terjawab lagi.. bolehla haku perkenalkan tentang sejarah johor kat anak2 buah haku yg comel2 tu.. ( dua tempat nie boleh pegi dalam satu hari)

  • 14-16 hb =>nak gi taman negara endau-rompin.. nak tengok air terjun yang cantik2 kat sane.. banyak aktiviti boleh wat.. ade chalet.. so memudahkan haku yang ade family besar nie..

  • nak gi makan angin kat pulau.. ade dua pulau nie,belum wat pilihan lagi.. pulau aur or pulau pemanggil.. dua2 sangat cantik,tempat penginapan yg murah dan sangat berbaloi2.. (along,angah.. kite gi dua2 boleh tak..huhu)
gambar ihsan dari google...

Sabtu, 23 Januari 2010

Tengku Ibrahim dimasyurkan sebagai Sultan Johor

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru hari ini.

Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895, diumumkan secara rasmi oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baharu pada pukul 10.21 pagi.

Sejurus itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya. Baginda mengaku akan memerintah dengan adil dan saksama serta bertimbang rasa kepada rakyat.

Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

Baginda pernah dilantik Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelapan.

Tunku Ibrahim menerima pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman Satu, Johor dan kemudian belajar di Trinity Grammar School, Australia pada 1968 hingga 1970 sebelum meneruskan pelajaran menengah di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB).

Baginda menerima pendidikan agama di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek, Johor Bahru.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, Tunku Mahkota dihantar oleh ayahanda baginda ke Pusat Latihan Darat (Pulada), Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan.

Bagi melengkapkan lagi pengetahuan baginda dalam asas ketenteraan, Tunku Ibrahim Ismail yang segak itu dihantar ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara.

Baginda kemudiannya mengikuti latihan lanjut ketenteraan dalam Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika. Sekembalinya ke tanah air, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor.

Baginda menghadiri kursus latihan helikopter di Pangkalan Tentera Kluang dan menerima sayap selain menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tunku Ibrahim juga sangat berminat dalam bidang sukan, khususnya polo yang telah membawa baginda menyertai kejohanan sehingga ke peringkat antarabangsa, termasuk Singapura, Manila dan Brunei. Turut menjadi kegemaran baginda ialah sukan tenis, luncur layar, menembak dan memandu kereta.

- Bernama

"DAULAT TUANKU"

Sultan Johor Mangkat



Sultan Johor mangkat
Jan 22, 10 11:30pm

TERKINI Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.


Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.


Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.


Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.


Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.


Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.


Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.


Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.



Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.



Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.


Petang tadi, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail imasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana besar Johor.



Menteri besar juga mengumumkan bahawa pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang.


Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam ini."Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.



Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong. "Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.


Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam ini waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi esok.Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok


-MALAYSIA KINI


Al-fatihah...

Jumaat, 22 Januari 2010

Sultan Johor Gering , Tengku Mahkota Johor Dilantik Pemangku.




Sultan Johor Gering , Tengku Mahkota Johor Dilantik Pemangku.





Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan.


Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda.
Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:

Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.


Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.


Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.


- MALAYSIAKINI

Selamat hari lahir mak...

salam..

hari nie memang mood haku tak berapa nak baik.. ape semua yang haku buat ade je yang tak kene.. tadi gi class pun rase macam tak best je...
  • sangat sedih sebab tak dapat balik jb,tak dapat peluk cium mak haku time befday die..
  • haku suro adik haku yang wish kan selamat hari lahir kat mak.. (kalau haku call,kompem2 la haku akan menangis.. takkan terkeluar punye ayat tu dari mulut haku..)
  • hp haku entah ke mane , haku tak hiraukan langsung...
  • rase kesepian lak.. miss my family.. ( selalu time befday mak,rumah haku mesti riuh punye..
  • rindu sangat2 kat iera,shanda,fikri and lanlan haku tu..
  • tak tahu ape nak taip dah.. tak boleh tahan dah,sebak giler.. air mata mengalir laju je dari tadi...

"selamat hari lahir mak.. doa ku sentiasa untuk mu..."

Khamis, 21 Januari 2010

Bf pinjam duit Gf patut ke ??

salam..

semalam time tunggu nak masuk class , haku and kawan baik haku yang sorang nie borak2 la sementara tunggu class kiteorang plak.. tibe2 je die tanye macam nie....

"dayah , haku nak tanye sikit nie.."
"ha , ko nak tanye ape..?"
"pakwe haku nie , nak pinjam duit lagi.. die cakap tak de duit nak makan.. patut ke haku die pinjam?"
"la.. bukan hari tu ko baru bagi die pinjam ke , nak pinjam lagi ke?"
"semalam die call then marah2 haku.. lau tak bagi pinjam die tak makan la hape la.."

dgn jujurnye haku bagi pendapat haku , laupun agak kasar bunyinye..

"tu la ko , biasela kan lagi die nak pinjam duit ko bagi.. ko tengok sekarang dah bagi sekali nak
lagi.. ko nak bagi die pinjam duit diri ko sendiri tak lepas.."
"entahla die tu.. nak bagi ke tak eh die pinjam lagi"
"tak payah la , ko pun ade duit hasil ehsan mak ayah , niekan lak ko nak bagi pakwe ko..
korang baru kapel lain la lau da kawen ke hape.. nak pinjam duit,ko tak bagi die marah2..
ape jenis lelaki tu.. lau nak sayang pun biarla bertempat.. yang ko nie pun iyekan je die
cakap,tak boleh ke sekali2 ko cakap tidak ke tak boleh ke.. ko gunekan duit tu untuk belanje
ko kt u nie sudala.. banyak lagi nak pakai duit kan..dah bape banyak ko bagi die pinjam duit
nie?
"masuk nie dah nak rm500 da.."
"woit,banyak tu... ko nie senang2 je bagi orang pinjam ek.. mak ayah ko tahu nanti macam
ne?"
"entahla dayah.."

pastu kawan haku nie terus senyap.. last2 tadi haku dapat tahu die bagi jugak pakwe die
pinjam.. uish tak faham betul haku.. haku da bagi pendapat n nasihat.. fikirla mane yang baik
dan mane yang tak baik..

p/s : ape2 nak buat mintak izin mak ayah dulu.. tu care haku.. even haku keluar gi cafe je pun haku akan beritahu mak ayah haku dulu.. dah di ajar dari kecik,sampai sekarang haku amalkan.

Rabu, 20 Januari 2010

nak memahami maksud ayat2 al-quran..

salam..


  • malam nie tak de ape nak buat..
  • bosan tahap gaban dah..
  • keje semua dah siap..
  • hati macam tak tenang je malam nie..
  • ambik inisiatif nak khatamkan tafsir al-quran yg haku asyik postpone je nak abiskan...
  • rindukan ketenangan selepas bace quran and tafsirnye nie..
  • tak boleh tangguh lagi , lau tak memang sampai sudahnye tak bace..

Selasa, 19 Januari 2010

Lagu untuk haku...

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh


So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

Isnin, 18 Januari 2010

nak balik ke tak eh???

salam..




hari jumaat nie birthday mak haku.. nak balik ke tak ehh? tengah nak buat keputusan nie.. hari tu balik ayah haku da sound baru seminggu kat u da balik lagi.. huwaa.. lau ayah haku da sound susah la... siyes,ayah haku cakap sekali je anak2 dia dah dgr.. angah tak keje jumaat nie,bolehla jemput haku kt stesen bas larkin.. adik pempuan haku cakap,alang2 ko nak balik kak kite buat suprise jela untuk mak.. dik,kdg2 ko nie pandai gak ek.. tapi kdg2 jela.. huhu..



hadiah untuk mak da beli da.. hari tu kuar nampak something yg mesti mak suke... tak boleh jadi nie haku kene balik jugak,setiap tahun haku orang paling sibuk buat something untuk mak time birthday die.. so,tahun nie haku nak jadi orang paling sibuk jugak.. ngeh3x...

Rohani binti Omar

22 januari 1966

44 tahun

Ahad, 17 Januari 2010

sakit lama menjelma kembali...

salam...

tadi ade aktiviti kolej , macam explorace la... ciss , time2 macam nie la lutut haku sakit...
terasa ade pergerakan kat lutut haku nie.. jangan tempurung lutut haku change die punye position sudah.. kalau tak memang masak la haku... hanya ikut mak haku pesan,bace al-fatihah and selawat banyak2 insyaALLAH sakit tu hilang.. then sakit tu hilang.. but after that terasa sakit yang teramat sangat.. nak menjerit pun ade.. orang yang penah nampak keadaan haku bile macam nie,diorang akan faham kenape haku menjerit..

tahan and tahan lagi sakit tu.. cube merperlahankan langkah.. dalam hati da tak sabar nak tamatkan je game nie... dapat gak la haku mengawal sakit nie sampai habis mase.. bile dah habis memang lega.. tapi time2 macam nie la sakit pale haku datang n emosi haku pun turut sakit jugak.. yelah dah la haku penat and menahan sakit.. ade lak sorang MT nie kerek habis.. "weh pempuan ko part 2 jugak ok.. dapat jawatan pun sebab menang free.. tak payah nak kerek2 sangat ar... giler shit.."


saje nak beritahu..

  • haku ade sakit lutut yang teruk.. tak boleh nak join aktiviti yang memerlukan larian and langkah yang terlalu pantas..
  • sangat aktif dalam sukan hoki time sek rendah..
  • jatuh time perlawanan akhir.. kesakitan yg amat terasa.. tapi haku jenis diam je,xsuke nak kecoh2..haku dan family je tahu.. cikgu2 hoki n team haku pn tak tahu smpai sekarang.. hebat tak haku simpan rahsia.. berlakon buat2 tak sakit depan diorg.. huh
  • buat pemeriksaan lepas tu,doktor larang sekeras2nye haku join hoki lagi.. sedih tahu x,da ar haku minat giler dgn hoki..
  • sampai sekarang haku meningalkan sukan hoki,and haku tak nak ambil tahu ape segala yang berkaitan dgn hoki.. sebab nanti haku sedih..
  • haku jage lutut haku nie ibarat cermin tau.. yela cermin lau tak jage jatuh then pecah.. haku lau tak jage lutut haku ni,lau jatuh.. ade pilihan buat operation yg ntah bape kosnya..haku xnak , haku nak jage lutut haku nie sebaiknye.....

nape mesti haku menangis??




  • tadi tgk video alien jiwang kt blog miss faarihin.. memang comey sgt (teringat someone yg pnh wat something yg cm tu utk haku) ah.. persetannn...

  • tibe2 dalam hati nie rase sedih , sakit yg teramat sgt..

  • nape haku nk emo plak nie (damn!!!!!!!!)

  • siyes rase nk nangis.. tahan and tahan lg.. but berguguran juge.. shitt...

  • haku xnak ko la "perasaan"... tlgla,tlg pergi..

"tolongla pergi wahai perasaan"



Jumaat, 15 Januari 2010

haku rindu...

salam...


tibe2 je haku merindui kawan2 sekolah haku... siyes nie,terbayang wajah2 korang di fikiran nie... dah setahun tak jumpe,lau pun baru setahun... haku rase macam dah bertahun2 tak jumpe..
hurmm, korang tak rindu haku ke.. ade yang still contact,ade jugak yang senyap tanpa khabar berita... haku hanya mampu doakan kesejahteraan korang... dah plan dengan ali,nak buat reunion after 5 year... InsyaALLAH plan kiteorang nie terlaksana...
ade yang haku terkilan sangat nie.. sorang sahabat baik haku nie,dah 4 thn kiteorang lost contact,, entah macam mane baru2 nie haku terjumpe someone yang ade num hp die.. gembira tak terkata la,yela mane tanye selame nie haku mencari die.. tertunggu2 khabar berita dari dia..
then,one day haku text dia.. dalam text tu haku sertakan nikname sekali.. die reply and cakap die tak kenal haku... haku terfikir2.. "salah number kah haku" kerana nakkan kepastian haku tanye someone yang bagi num tu.. and die cakap tu memang number sahabat baik haku tu...
lepas tu korang nak tahu ape jadi.. haku nangis kat situ jugak... tersentap giler.. nasib baik hanye ade haku dan die disitu... lau tak konpem2 haku kene kutuk tahap gaban...
sampai sekarang still terasa kesedihan tu.. ala.. nape haku citer story yg sangat xbest nie...
kawan-kawan yg berpeluang smbung study:
  • ali mustafa bin abdul rahman (uitm seri iskandar , perak)
  • mohd abdullah bin arip (kolej saito , kl)
  • badriyah @ noi (kolej islam , kl)
  • nadia (nursing kat mene ntah,den lupe.. tpi kat kl)
  • nurul sakinah (nursing kat masterskill , kl)
  • mohd yazid (politeknik PD)
  • mohd nizam (politeknik JB)
  • mohd fadlul hadi (politeknik JB)
  • shikin (matrik pahang)
  • nadi ( UTem , melaka)
  • hidayah hasbah (uitm ,dungun)
  • amierah (uitm , dungun)
  • noorul hidayah (matrik pahang)
  • yang lain2 name x ditulis sambung form six kt smkpg 2 , smk dato penggawa timur..

Malam Tautan Kasih (dPAC)


Salam....




tadi gi malam tautan kasih,tengok dak2 part one buat persembahan.. memang enjoy sangat... dah nak hilang suara den nie ha dok gelak2...



dak2 part one korang memang sempoi and gerek seh... cayalah... time kiteorang x de pun kene buat cam tu... rase cemburu gak nie..


lau pun time penyampaian hadiah agak tak bape nak best.. tapi MT2 dPAC tahniah la and thanks jugak...
p/s : MASSCOM cakap dPAC dak2 skema.. skema2 kiteorang pun,kiteorang x kurang ajar mcm korang.. huhu... fakulti kiteorang still yang terbaekkkk....


Khamis, 14 Januari 2010

Penyelamat keadaan...


salam...


tadi dalam class bel (english clazz) , setiap pelajar kene buat satu esei.. nape entah hari nie haku rase bodoh,blur and entah hape2.. simple esei tu pun haku tak boleh buat.. macam mengalami krisis idea lak (curi ayat fathi sat,hehe)... siyes nie,kertas orang lain semua dah ade tulisan,tapi kertas haku masih putih and suci lagi... haku hanye melihat diorang mencurahkan segala idea,sedangkan haku nothing... ciss,dalam hati haku tertanye2 nape dgn haku hari nie.. ade buat dosa kat kwn2 ke? mak ayah ke? pensyarah ke? takde pulak...



dalam ke'blur'an haku tu,tibe2......... terasa getaran dari beg.. dalam hati tertanye2 " sape plak yg msg haku time2 cm nie?" dengan selambe haku keluarkan hp dari beg and terus bace text dari sape... "hurm dari ali rupenye.ingatkan sape"..


sms dari ali atau dikenali as anan ace,,


"seseorang yg istimewa bukan yg selalu di depan mata dan bukan juga yg sentiasa di sisi tetapi.. dia yg setia di hati dan.. diingati dalam setiap bisikan doa.."




haku terus tersenyum and kwn sebelah haku menunjukkan muke pelik..... haha,so sweet u know..terus hilang bad mood and kebluran haku.. to sahabat baik haku,ali mustafa bin abd rahman thanks sgt2 k... ko la hero haku hari nie,yang dah menyelamatkan haku...

Nikon D90..



  • tengah saving duit nak beli kamera nie...

  • giler gadget dah haku (siyes ade orang pengaruh nie)

  • dah dapat green light dari parents haku (perkara wajib mintak izin mak ayah dulu)

  • doakan haku dapat beli kamera nie ek...

Rabu, 13 Januari 2010

gembire + sakit hati nak wat entry nie...

salam....

plan hari sabtu nie....

  • kemas2 bilik...
  • nak kuar ngan ecah n niza , gi poye2.. huhu
  • gi tgk wayang.. cter muallaf or ju-on ek??
  • shopping?? memang tak la,tgh kumpul duit nk beli gadget2 terbaru..
  • jln2 cari mkn,nk cari port yg terbaik... senang ckt pasnie...
  • nak overnight... (nk mati? konpem2 mak haku bantah awl2...)

plan hari ahad nie...

  • xde ape plan sb ade induction yg entah hape2..
  • duit haku gak yg terbang melayang (ingt duit haku nie nak hadap kt bende xberfaedah tu ke?)
  • induction dri pagi sampai mlm (ape motif?? x puas2 ke induction kteorg time mule2 msuk dulu)
  • sakit hati + benci + x puas hati + MT banyak bunyi.. (KORG PIKIR KORG DAH SGT KE HAPE???)

Ahad, 10 Januari 2010

cerita , cerita and cerita...

salam...

baru je balik dari jb... cm xpuas je blk kg kejap je.. ngeh3x... smlm2 nk update bog,mslh line broadband yg giler sengal... akhirnye haku lupekan je hasrat nk wat entry baru... nie ade beberapa cerita yg haku alami time nak balik jb... hari jumaat clz tmt pkul 12 lbh,terus kuar u tunggu bas... giler ramai student tunggu bas time tu,sesak yg teramat... time nak naik bas je berebut2... dari alor gajah pegi mc,satu jam.. pukul 1 30 tibe kat mc.. sampai2 terus gi beli tiket.. bas kkkl tiket kul 3,delima xpress kul 2 30.. haku pun belila tiket delima xpress dgn harapan sampai jb awal ckt sb lau smpai jb ptg konpem highway pasir gudang sesak teruk... tapi harapan tinggal harapan.. bertolak on time,tapi rehat kat yong peng satu jam.. ape motif?? sampai jb 6 30,haku pun text angah haku..

"salam... ngah haku da smpai skudai nie"

"nape bas ko lambat sgt,haku kt highway lagi.. tunggu jela.jap lg haku sampai"

"da sampai larkin nie"

"ko tunggu kat tempat selamat. jgn pegi mane2.. jem teruk,kete x gerak"

"ok,haku tunggu"

dalam hati haku ckp,caring jgk angah haku ni.. haha... lau tak tahu nak buli haku jek.. ngah thanks amik haku ek,laupun ko kene brhadapan dgn kesesakan lalu lintas yg ko benci sgt tu.. siyes doe,haku syg ko sgt2.. haha.. lau haku ckp kat ko cam ni mahunye ko ckp.. "pehal ko gedik sgt nie..." huhu. tpi ko memang syg haku kan. yela lau haku ade kat umah,ko balik haku yg hidangkan ko makan kan.. lauk haku panaskan.nasi haku amikkan,wat kan ko air yg best2 kan.. haku ade senang sikit ko nak nyuruh2kan? ngeh3x... nak harapkan adik ko yg lg sorg memang x la die nak layan ko cam tu..

time haku tunggu angah haku tu , ade sorg mak cik nie peramah sgt.. kire tak la haku bosan menunggu bile ade org ajak berbual.. tgh borak2 tu.. dtg sorg mamat bangla,nepal or ape2 jelah.. dtg2 terus ckp bagila die duit,da bape hari die x mkn.. rase kesian tu ade.. pastu mak cik tu cakap. " dik.x payah bagi duit.. die nie memang selalu mintak sedekah kat sini dari dulu lagi.. tgk bdn die sihat walafiat je,x cacat ape pun.. pegilah keje nie mintak sedekah lak.." haku hanye mendiamkan diri.. mamat bangla tu still merayu2 mintak duit.. then da x tahan sgt mak cik tu panggil guard kat situ dan wat aduan.. nampak je guard tu dtg,terus bangla tu bla..

lepas satu jam menuggu, tibe2 haku ternampak sorg pak cik sedang selongkar tong2 sampah cari tin minuman.. haku tgk je die,then sampai depan haku baru haku teringat haku ade tin minuman kosong. then haku terusla bagi tin minuman tu kat pak cik.. yg bestnye kan,bile haku dapat tgk senyuman pak cik tu bile haku bagi die tin minuman tu.. die ckp terima kasih,dan haku hanye mampu tersenyum.. sekurang2nye haku dptla tlg die jgk kan..

Khamis, 7 Januari 2010

andai itu takdirnya....

salam...

esok nak balik jb,nak ambik harta2 yg tertinggal kat rumah... satu lagi sebab haku nak buat medical checkup...
sebelum masuk u,haku ade pergi klinik sebab mengalami selesema yang agak lame dari kebiasaan... selepas di periksa doktor condition diri haku,doktor telah memberitahuku satu perkare yg membuatkan jantung haku berdegup laju... rase nak menitis air mate pun ade... nasib baik haku jumpe doktor tanpa ditemani mak.. kalau tak,mahunye terkejut die..
doktot ade nasihatkan haku buat pemeriksaan lanjut kat hospital... tapi...... haku tak buat pun..
siyes,haku takut sangat...
keluar dari bilik pemeriksaan,mak tanye macam mane keadaan haku.. haku hanye mampu ckp okey dan tersenyum.. sampai sekarang perkare tu hanye haku yang tahu...
p/s : doakan haku okey dan ape yg doktor tu beritahu haku tak betul.. haku sgt takut okey... tgh fikir macam mane nak pegi hospital tanpa diketahui family ku... tapi kalau betul la ape yg doktor tu cakap... haku hanye mampu pasrah........

Rabu, 6 Januari 2010

sudah2 lah tu...

5 jan , 3 pagi...



haku dikejutkan dgn sms yg msuk ,dari seseorg yg haku da lupekan pun...
"salam...awk,ingat sy lg"
haku tidak mengendahkan kehadiran sms tu,ape yg haku lakukan ialah dgn hapuskan sms tu...
6 jan , 6 pagi...
sms masuk lagi...
"nape sy tpn x angkat,sms x balas..."
haku hanye membiarkan sms itu..
sms kedua masuk..
"sy rindu awk.."
siyesly,dlm hati haku ckp... "ape motif la die nie..."
haku tahu ko bace blog haku,ambik tahu ape yg haku buat... sampai semua kwn2 haku ko tanye mcm ne life haku skrg.. haku kuar dgn abang2 haku pun ko sibuk nak ambik tahu nape?? kwn2 haku da beritahu , ape yg ko buat semata2 nak tahu life haku cam ne... haku x suke la... jgn saiko haku boleh tak... satu je haku nak pesan....
"sile gi jauh2 dari hidup haku"

Sabtu, 2 Januari 2010

Selamat bertunang Dilla..


salam...



baru2 nie sahabat baik haku telah melangsungkan pertunangan dgn lelaki pilihan hati... tahniah ye cik dilla ku sayang... maaf la haku tak dpt hadir ke majlis ko,sebab pada hari tu jgk sepupu haku melangsungkan perkahwinan.. haku doakan ko bahagia bersama si dia... insyaALLAH.. tak ku sangke betul ko yg bertemu jodoh dulu ek... haku tumpang bahagia...



p/s : hari tu ade sorg makcik nie tanye kat mak haku,haku bile lagi nak kawin.. ciss.. sungguh kejam pertanyaan itu.. haku baru nak masuk 19 thn okey!! haku tahula abg2 haku kawin dlm usia muda,takkan makcik tu pikir haku akan ikut jejak langkah abg2 haku pulak.. haku tahu jodoh dah ditentukan,tapi kalau boleh biarla di saat dan ketika yg sesuai...
gambar ihsan dari cik radhiah...

Peruntuh Masjid peluk islam

Peruntuh masjid peluk Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.

Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.

Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.

Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.

Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.

Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.

Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.

Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.

Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.

Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.

Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.

Kuasa Allah

Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.

Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.

Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.

Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.

Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.

Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.

Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.

Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.

Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.

Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.

Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.

Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.

Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.

"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.

"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.


SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

P/S : Untuk renungan semua.... umur haku 2 thn ketika kejadian berlaku,so utk dptkan maklumat lanjut ak search kt google psl peristiwa nie.. sangat menyayat hati betul.. sungguh kejam... huh.. kalau korg nk tgk video pasal keruntuhan masjid nie,pegila cari kat youtube.. ak xsnggup nak masukkan video tu dlm etry haku.. menitis air mata kalau tgk,x sanggup haku..

Sinopsis boys over flower yg haku google..

While delivering a student's dry cleaning, Geum Jan Di saves the life of a student at the most prestigious school in South Korea. Her actions soon became public and exposed the bullying within the school. To silence the public's attention, Jan Di is offered a swimming scholarship to Shinhwa which she declines but her family forces her to attend.

During her first day at Shinhwa, Jan Di learns of the famous F4 and of the other students' adoration and fixation with the boys in the group. Gu Jun Pyo, Yoon Ji Hoo, So Yi Jung, and Song Woo Bin are the richest and most powerful kids within Shinhwa and South Korea. Subsequently, they use their power to terrorize weaker students or those they do not like. Jan Di, instead of being impressed, becomes enraged and fantasizes about confronting Gu Jun Pyo, the leader and initiator of many of the bullying acts. She gains courage to confront him when a friend , named Oh Min Ji , accidentally spills ice cream on his shoes and he demands the girl to lick it off. Jan Di defends her friend and attempts to reason with Jun Pyo's tyrannical demand. When he refuses to relent, Jan Di turns violent, knocking Jun Pyo to the ground. Engaged by this, Gu Jun Pyo declares war on Jan Di and encourages the other students to bully her. Jan Di, however, is resistant, refusing to apologize to Gu Jun Pyo, and stands by her decision to fight him.

Ironically, Gu Jun Pyo, having never been stood up to, begins to develop feelings for her. He tries unsuccessfully to woo her as she slowly begins to spend more time with Jun Pyo and his friends. Jan Di teaches Jun Pyo that money cannot buy everything and in order to have real friends, he himself must be real or use his heart, but Gu Jun Pyo still does not understand why someone like Jan Di should dislike him. As the story progresses, Jun Pyo falls deeper in love with Jan Di and she learns how to open herself to his love as well.

As love begins to blossom, Jun Pyo's mother discovers them and deems it unsuitable. She does everything in her power to keep the two apart, even arranging a marriage for Jun Pyo. The other F4 members and Jan Di's best friend, Chu GaEul try to make their relationship better. So Yi Jung and Song Woo Bin came up with a few plans but it fails. They left with no choice but to use the last plan. The plan is So Yi Jung have to make a fake date with Ga Eul. At first their plan is successful but because of Jun Pyo's mother the relationship between them is getting further again.

After the fake date, Ga Eul finds her self falling in love with So Yi Jung. So Yi Jung feels the same way, but he won't admit that he is falling for her. Other factors keep arising as another member of the group falls in love with Jan Di (which was Yoon Ji Hoo) and in a twist of fate, Jun Pyo loses his memory. A girl named Jang Yu Mi which was on the same hospital where Jun Pyo was confined, takes advantage on him to make him fall in love with her. Geum Jan Di never gives up for Jun Pyo to rember his love for her, she falls in the swimming pool letting Jun Pyo reminise his love for her. On Jan Di's graduation, Jun Pyo proposes to her on the cable car at the NamSan Tower where their first date was held. Gu Jun Pyo told Jan Di that he needs to study abroad to fix problems regarding Shinhwa. Jun Pyo asks Jan Di to accompany him as his wife but Jan Di refuses because she has also plans for her future becoming a doctor. The two agreed but Jan Di told Jun Pyo that she will be waiting for 4 years in one condition--if Jun Pyo comes back as a handsome and charming man.

The story ends with f4 four years later with each cast revealing happenings on their current life--Yi Jeong coming back form Sweden for helding his art exhibit, Ji Hoo who just opened his Grandpa's clinic, Ga Eul who was teaching the art of pottery to preschoolers and Woo Bin becoming a happy man but his career was never mentioned in the story. Lastly, Geum Jan Di went to the beach to see Jun Pyo, Jun Pyo then scolds her for being late in just 5 minutes. He then proposes to Jan Di but the answer was still a question among viewers because when Jan Di was about to answer--Ji Hoo, Yi Jung and Woo Bin arrives saying that they object to the proposal because Jun Pyo and Jan Di didn't ask for their permission first.


p/s : yg sempat haku google,jumpe yg english je.. lau x fhm buat2 fhm je la ek.. ngeh3x

Haku suke drama nie..














salam.. haku nie memang peminat drama korea.. entry kali nie,haku nak kongsi pasal drama boys over flower nie.. citer nie memang best,superb k.. bagi sape2 yg suke tgk drama korea haku rase korg ptt lyn drama nie..
yg kt atas tu,pelakon2 drama boys over flower nie.. siyesly,haku da lame tgk drama nie.. baru teringat nk buat entry kt sini.. dlm drama nie,hero yg haku suke dah tentu la ji hoo.. laupun ending die haku tak berape nak suke sebab jandi bkn bersama dgn ji hoo,tpi berbaloi gak la layan citer nie..
kalau korg nak tahu lbh lanjut ttg drama nie,sila la tgk ye...
p/s: sinopsis drama nie otw ye,next entry.. insyaALLAH..

tahniah!!


adik,


tahniah dpt result cemerlang pmr... akak takde ape nak hadiahkan,akak mampu doakan adik terus berjaye utk capai cite2 adik.. akak tahu adik nak jadi navy kan,so belajar sungguh2 tau utk capai cite2 adik tu.. doa akak selalu bersame adik.. ingat pesanan akak,jgn jadi bongkak dgn ape yg kite perolehi,sebab bile2 je kite boleh kehilangan semua tu dengan kehendak ALLAH... akak akan mule merindui ko pasni,siyes punye... xdpt dah ukur jalan dgn ko..tunggu akak balik cuti nanti k..

ikan oh ikan..

p/s : kalau korg bertuah,korg nampakla ikan-ikan yg kelaparan dlm sangkar tu..

kalau korg tak nampak mcm kate nabil,lu pikirla sendiri........................

aktiviti cuti sem...
















salam..
hari nie haku dah balik u,baru ade kesempatan nak update blog yg dah lame haku tak jenguk nie.. nie ade aktiviti haku time cuti hari tu,ikut ayah haku pegi ke laut.. so,korang layan jela yg kat atas ni ye....
p/s: gambar empunya blog takde ats sb2 trtentu.. huhu..