Khamis, 9 Jun 2011

gunakan sebaiknya ..

salam..

mata tak mahu lelap,masih tak mengantuk walaupun dah pukul satu pagi.. haiyaa, esok ada class 10 30 pagi.. ada juga yang mengantuk dalam class nie.. dah cuba pejamkan mata,tak mahu tidur juga.. tetiba rasa nak update blog nie..

haku baru je dapat duit pinjaman tadi siang, setelah seminggu menunggu,, akhirnya keluar juga.. dapatla haku settlekan hutang-hutang dan beli buku untuk subjek haku semester nie.. jumlah yang diperlukan boleh tahan banyakla.. so, dah berazam nak berjimat cermat semester nie.. nak gunakan wang dengan sebaiknya,membazir kawan syaitan.. mahu beli barang keperluan sahaja.. yang tak penting,nanti dulu.. takde dah nak enjoy ke hape..

dah tekad,semester nie haku dah buat lagi baik dari sebelum nie.. so haku dah buat perkiraan untuk jumlah perbelanjaan haku,, insyaALLAH semua akan berjalan lancar.. haku dah settlekan hutang, haku jenis berhutang yang ingat nak bayar,, haku tak suka diam je,macam tak pernah berhutang.. kita berhutang,kita kena ingat lah.. takkan nak si pemberi hutang pulak yang heboh-heboh suruh bayar.. hutang nie dibawa ke mati.. tu yang haku paling takut, tak suka bayar hutang lambat-lambat.. lagi cepat,lagi bagus..

haih,masih tak mengatuk.. mungkin haku boleh gunakan peluang nie untuk siapkan tugasan yang diberi.. daripada haku melayan perasaan, lagi baik buat tugasan,, cepat siap,cepatla haku relax.. btw jumaat nie nak balik JB, ade hal yang perlu haku selesaikan.. semoga haku dalam keredhaan ALLAH. :)

p/s; rindu nak solat..

0 ulasan: