Rabu, 4 Disember 2013

tak berjiwa

khilaf..
khilaf yang melemaskan aku

hukuman memetir diri
nak ajar aku
jangan ulang khilaf ini lagi


balasannya
hari nie
aku tak berjiwa
tak berjiwa.

sesak nafas
sakit kepala

maafkan aku
mahu jiwa semula
mahu hidup semula

maafkan aku :(



Khamis, 28 November 2013

Rapuhnya aku.

Tadi mak ayah datang --
Aku gembira malah syukur sgt.
Sebab terkejar kejar masa
Aku tak bitau mak apa apa --
Aku buat macam biasa.

Tadi sebelum balik.
Mak peluk aku erat --
Aku tahu mak rasa apa aku rasa.
Lepas tu aku hanya mampu angguk, senyum --

Aku sembunyikan getar sebak dlm diri.
Aku gagahkan diri tahan air mata tuk jatuh --
Aku tak nak rapuh depan mak.
Biarla mak nampak aku kuat je.

Terima kasih mak.
Pelukan tu pun dah cukup.
:(

Selasa, 26 November 2013

Allah tempat pengharapan.

Dugaan kali ni.
Berat.

Tapi aku yakin
ALLAH sayang aku.
Aku mampu hadapinya.

Doakan aku kawan-kawan.

Isnin, 18 November 2013

Hari lahir kekasih hamba :)

Selamat hari lahir ayah.
Semoga diberikan kesihatan tubuh badan dan dipanjangkan umur.

Terima kasih.
Terima kasih demi lelah itu.

Sayang ayah.

Minta diri disampahkann

Bila kau nak berubah ke arah lebih baik. Memang banyak dugaannya.

Memang ada segelintir manusia yg menguji kau untuk sampahkan diri beliau.

Tapi bila kita sampahkan,nanti heboh satu dunia cari geng pulaukan kau. Nampak tak permainan dia. Haha

Bagi aku,biarkan je. Biarkan. Allah ada dengan orang yang sabar.

Kau berubah kerana Allah. So apa nak takut. Be strong and keep faith. :)

Selasa, 29 Oktober 2013

Nak mak

Aku bukan jenis yg kalau rindu,aku bitau mak.

Malah aku takut nak bitau. Sebab nanti aku nangis, mcm tak penah rasa nangis.

Aku bukan jenis peluah. Aku penyimpan.

Tapi sekarang. Aku nak mak.
NAK MAK !

Isnin, 28 Oktober 2013

Rapuh

Aku rasa nak masuk dalam bilik air nangis puas.

Siyes aku penat.
Penat..

Penat sampai aku tak tahu nak buat apa.
Badan dah tak daya
Tapi kena teruskan juga.

Tuhan.
Kuat kan aku.
Tabahkan aku.

Sabtu, 23 Mac 2013

Dugaan.

Salam. Dugaan meninpa lagi. Berikan aku kekuatan ya Allah.

Selasa, 19 Mac 2013

kemanisan iman.

Salam. Dah lama rasa tak meluahkan,menceritakan atau apa saja di blog nie. Humm,masih meneruskan jihad untuk ilmu Allah. Alhamdulillah.

Terdetik untuk meluahkan. Kawan ditimpa masalah seperti yg aku alami dulu.

Hanya mampu mendengar,tidak menyebelahi mana mana pihak. Aku faham rasa itu,aku faham sakit itu. Ya,sangat sakit hati dan sedih. Bila mana orang menyalahi kita sedangkan itu bukan salah kita.

Tindakan aku hanya mendiamkan diri. Kerana aku yakin ALLAH berada di sisi orang yg benar. Sabarla duhai kawan. Nanti kau akan faham apa maksud kemanisan iman.

Rabu, 29 Februari 2012

berdiri di kaki sendiri

assalamualaikum..

wahhh, terasa lama tidak publish new entry disini.. banyak perkara menjadi penghalang :)
kekangan masa, terlalu sibuk dengan hal yang lagi penting,, siyes terasa rindu,bukan tidak menjenguk langsung tetapi hanya sekadar melihat di dashboard..





berkaitan dengan tajuk diatas itu, hari ini saya membuat keputusan untuk kepentingan sendiri.. saya cuba mneguji diri dengan membuat keputusan dan bersedia menghadapi segala risiko.. umur yang menginjak ke angka 21 tahun, menyedarkan saya tentang belajar membuat keputusan untuk diri sendiri.. bukan tidak pandai membuat keputusan tetapi saya ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Alhamdulillah, perubahan yang saya cuba lakukan memberikan satu aura positif tentang diri saya sendiri..


sudah tiba masanya untuk saya berkelakuan seperti umur itu.. masih terngiang-ngiang ditelinga ketika mama mengatakan saya terlalu bersifat keanak-anakan. saya sudah dewasa mama. perubahan tidak mungkin berlaku sepantas kilat.. itu bukan perubahan tetapi lakonan. bagi saya proses perubahan mengambil masa tertentu bersesuaian dengan diri individu tersebut.


banyak yang perlu saya ubah, saya memerlukan masa dan sokongan. faktor pendorong untuk saya menjadi lebih matang adalah kerana saya memikul tanggungjawab sebagai harapan keluarga. tidak mungkin saya masih mahu terus di takuk yang lama.



insyAallah saya akan berubah ke arah yang lebih baik :)




p/s : sahabat blogger, doakan saya :)

Ahad, 4 September 2011

Google : Freddie Mercury


nie video sempena memperingati Freddie Mercury oleh google..
hee best2
jum kita tengok sesama..

bagi sesiapa yang tak mengenali beliau
boleh klik link kat bawah nie

Eid 2011..

salam..
rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan
"selamat hari raya maaf zahir & batin"
bila berada di kampung peluang untuk update blog kesayangan memang tipis
disebabkan line broadband yang tak berapa ok..

hari nie saya kembali !!
esok sudah memulakan rutin harian sebagai seorang mahasiswi
ganjaran selepas cuti ialah test-test yang sangat-sangat dinantikan
bila di rumah buku-buku memang jauh dari pandangan
so malam nie nak pulun abis study,,
sila jangan tiru cara saya nie..

raya tahun nie
alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga
biarpun kini abang long hanya bersama anak-anaknya
kegembiraan masih ada
terubat rindu mak dan ayah 
bila dapat berjumpa ketiga-tiga cucuya..
semoga ALLAH membuka jalan yang terbaik untuk keluargaku


Rabu, 24 Ogos 2011

wordless wednesday- mood raya !!


Sabtu, 20 Ogos 2011

kau buat ku jatuh cinta


saya sedang jatuh..
jatuh hati pada lagu ini..
ost ramadhan terakhir di tv3

alunan muzik dan lirik
yang sangat "kena" dengan jiwaku


Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

malam lailatul qadar

Golongan beriman tetap berusaha menunggu malam lailatul qadar

MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.

Namun, bagi Ramadan yang penuh keberkatan, pada setiap tahun akan diserikan dengan malam istimewa iaitu malam lailatul qadar. Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Ada dua definisi lailatul qadar iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.
Kedua, malam penentuan dari Allah SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang hamba.

Mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.

Pada malam lailatul qadar, penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.”
Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan. Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.

Malam istimewa ini sudah diceritakan Baginda SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Aishah yang bermaksud: “Tuntutilah malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir dari Ramadan.”

Pengarang Kitab Fathul Wahhab menyebut, jika awal puasa jatuh hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar pada malam 29. Jika puasa bermula hari Isnin, maka lailatul qadar pada malam 27. Jika puasa hari Selasa atau Khamis, maka ia jatuh pada malam 25. Jika puasa Jumaat maka ia jatuh pada malam 21. Jika puasa pada hari Sabtu, maka lailatul qadar adalah pada malam 23.

Ulama bernama Abu Al-Hasan berkata: “Setiap tahun dalam hidupku telah mendapati malam itu dengan menggunakan kaedah ini. Namun, ia tetap menjadi rahsia Allah SWT supaya orang yang beriman akan terus berusaha mendapatkannya.

Apa yang penting bagi umat Islam ialah menghidupkan malam istimewa ini dengan beriktikaf di masjid, berselawat, zikir, istighfar, qiamullail dan berdoa.

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatul qadar, maka sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).

Orang Islam hendaklah memastikan rumah mereka dihiasi dengan alunan kitab suci serta melakukan perkara diredai Allah SWT sebagai tanda ucapan selamat datang kepada malam lailatul qadar.

Mereka yang mendapat lailatul qadar adalah mereka yang berpuasa dalam erti kata sebenarnya, memahami puasa bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari segala perkara yang menodai keimanan serta godaan nafsu keinginan yang tiada sempadan.

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
bhagama@bharian.com.my
2011/08/20

Rabu, 17 Ogos 2011

emosi..

jangan senyum kepadaku
kerana bibirku tidak mampu mengukir senyuman

jangan bertanya kenapa aku..
kerana tidak kuasa haku memberi jawapan persoalanmu

tidak mampu mempamerkan keceriaan di wajahku
janganlah kamu beranggapan haku memusuhimu
hari yang serba tidak kena
tak seceria hari-hari semalam
hanya mahu bersendirian dan diam
tolong mengerti haku..

Selasa, 16 Ogos 2011

Nuzul Quran..

17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-Quran
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi,al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Jakim

Isnin, 15 Ogos 2011

beliau pun hebat berpuisi :)

salam.

ha, tertanya-tanya tak siapa beliau tu?

mesti korang nak tahu siapa beliau kan..

beliau seorang pemuzik,penyanyi dan seorang bloggers juga :)

sesiapa nak tahu siapa beliau

klik kat bawah nie

Jawa a.k.a USERMODES

dan dibawah nie puisi yang diilhamkan beliau:

LEMBAR NIRMALA

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Fajar menjamah keheningan kota

Sayup deringan empat bahasa

Hilang merdeka titah berwarna

Kerdilnya ghairah merempuh pesona

Cinta nirmala didendang seirama

Derap pencinta kuning bersahaja

Seindah bahasa, seindah panorama

Di hujung telapak jari yang lima

Dabik megah pendukung takhta

Taming Sari di hamparan bunga

Dibasahi kemarau tangisan bercuka

Sujud ternoda di awan bicara

Senja yang merah bersulam jingga

Di langit biru mengintai si dara

Keringat kuasa menongkat pujangga

Noktah kuning dihujung pena....

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

© Aduka Seri Perkasa

hanya mampu rindu..


salam..
rindunya...
bukan kat boyfriend ya,tapi kat anak-anak buah saya..
sampai termimpi-mimpi..
tersedar dari tido, terus menangis..

dah lama tak berjumpa mereka..
mahu jumpa tapi dihalang..
kejam sungguh,
hanya mampu berdoa..

dia seorang ibu,
tapi dia tak faham apa perasaan perempuan lain..
even dah takda relation dengan abang saya sekali pun
perlu ke halang saya berjumpa dengan anak-anak buah saya..

saya dan emak yang jaga mereka
bila dia sibuk bekerja..
dari bayi hingga dah pandai berjalan,bercakap..
jujur, mereka dah macam anak saya..
terluka sungguh bila dihalang untuk berjumpa..

mungkin saya hanya 20 tahun
tapi bayangkan bila berada ditempat saya..
bayi yang korang jaga dari masih merah
dijaga seperti anak sendiri
dan satu masa korang dihalang untuk berjumpa mereka.

ya saya tahu saya tiada hak ke atas mereka
tapi perlu ke halang saya berjumpa anak-anak buah saya..
tahu tak betapa rindunya saya..



Khamis, 11 Ogos 2011

alhamdulillah, rezeki..

salam..
pagi tadi time haku blogwalking.
ada satu blogger nie buat entry pasal kuih-muih..
then saya pun usha-usha la gambar-gambar yang ditunjukkan.
then
.
.
.
.
.
kuih tu ! kuih yang saya teringin nak makan..
sangat berwarna warni
tergoda tau, nasib baik puasa..
kuih yang say maksudkan ialah kuih ini..
taraaa...




nama kuih nie, kuih lompang..
hee dah lama tak makan tetiba teringin
lepas abis tutorial, classmate ajak pergi bazar ramadan kat pekan alor gajah
wahhh apa lagi peluang untuk cari kuih nie.
mula-mula macam hampa sebab tak jumpa pun kuih nie..
tapi akhirnya jumpa jugak,,
dek kerana nafsu saya beli rm2
tamak kan saya, sila jangan ikut
hehe

alhamdulillah, rezeki saya hari nie :)
tapi lupa snap gambar..
hehe
saya search kat google je..




gambar ihsan google