Isnin, 15 Ogos 2011

hanya mampu rindu..


salam..
rindunya...
bukan kat boyfriend ya,tapi kat anak-anak buah saya..
sampai termimpi-mimpi..
tersedar dari tido, terus menangis..

dah lama tak berjumpa mereka..
mahu jumpa tapi dihalang..
kejam sungguh,
hanya mampu berdoa..

dia seorang ibu,
tapi dia tak faham apa perasaan perempuan lain..
even dah takda relation dengan abang saya sekali pun
perlu ke halang saya berjumpa dengan anak-anak buah saya..

saya dan emak yang jaga mereka
bila dia sibuk bekerja..
dari bayi hingga dah pandai berjalan,bercakap..
jujur, mereka dah macam anak saya..
terluka sungguh bila dihalang untuk berjumpa..

mungkin saya hanya 20 tahun
tapi bayangkan bila berada ditempat saya..
bayi yang korang jaga dari masih merah
dijaga seperti anak sendiri
dan satu masa korang dihalang untuk berjumpa mereka.

ya saya tahu saya tiada hak ke atas mereka
tapi perlu ke halang saya berjumpa anak-anak buah saya..
tahu tak betapa rindunya saya..



0 ulasan: