Khamis, 9 Jun 2011

love is in the air..

saya sayang awak <3



gunakan sebaiknya ..

salam..

mata tak mahu lelap,masih tak mengantuk walaupun dah pukul satu pagi.. haiyaa, esok ada class 10 30 pagi.. ada juga yang mengantuk dalam class nie.. dah cuba pejamkan mata,tak mahu tidur juga.. tetiba rasa nak update blog nie..

haku baru je dapat duit pinjaman tadi siang, setelah seminggu menunggu,, akhirnya keluar juga.. dapatla haku settlekan hutang-hutang dan beli buku untuk subjek haku semester nie.. jumlah yang diperlukan boleh tahan banyakla.. so, dah berazam nak berjimat cermat semester nie.. nak gunakan wang dengan sebaiknya,membazir kawan syaitan.. mahu beli barang keperluan sahaja.. yang tak penting,nanti dulu.. takde dah nak enjoy ke hape..

dah tekad,semester nie haku dah buat lagi baik dari sebelum nie.. so haku dah buat perkiraan untuk jumlah perbelanjaan haku,, insyaALLAH semua akan berjalan lancar.. haku dah settlekan hutang, haku jenis berhutang yang ingat nak bayar,, haku tak suka diam je,macam tak pernah berhutang.. kita berhutang,kita kena ingat lah.. takkan nak si pemberi hutang pulak yang heboh-heboh suruh bayar.. hutang nie dibawa ke mati.. tu yang haku paling takut, tak suka bayar hutang lambat-lambat.. lagi cepat,lagi bagus..

haih,masih tak mengatuk.. mungkin haku boleh gunakan peluang nie untuk siapkan tugasan yang diberi.. daripada haku melayan perasaan, lagi baik buat tugasan,, cepat siap,cepatla haku relax.. btw jumaat nie nak balik JB, ade hal yang perlu haku selesaikan.. semoga haku dalam keredhaan ALLAH. :)

p/s; rindu nak solat..

Rabu, 8 Jun 2011

indahnya pertolongan tanpa mengharapkan balasan :)


salam

saya ada sesuatu mahu dikongsikan dengan kamu semua,, tadi di kuliah tetiba hp berbunyi,aisehh lupa silent.. nasib baik la takde orang perasaan sebab volume slow je,, sangsi dalam hati,siapa pulak nie,, tak mungkin si dia,dia tahu ku berada di kuliah waktu nie,, sembunyi-sembunyi cek rupanya sahabat lama yang text. hee ingatkan siapa.

A : salam.. u tengah buat apa?

me : salam.. heh i kat kuliah lorh.. :) kenapa?

A : saja je, tetiba nak text u.. lama seyh tak text.. u busy ke kat kampus?

me : hehe baru mula sem baru, tak busy sgt.. btw i kat kuliah nie,, tapi text jela now tengah busy kutip duit beli buku,, aiyoo abis duit pt bayar duit buku je. tapi okla kan dari i berjimba dengan duit pinjaman

A : haha biasala student kan..

me : yup,, u jap eh..

A : kenapa?

me : ok dah.. no la,tadi ambil wallet dlm bag, my friend nak pinjam duit bayar buku nie,, masa nie dia takde duit.. parents tak bagi lagi

A : eh asal u baik sangat.. u tolong nanti bukan dia ingat pun budi u.. amik kesempatan je tu.. u nie mudah sangat kesian kat orang lah.. tak berubah dari dulu..

me : u nie,tak baik la cakap macam tu.. jangan serkap jarang.. i tolong ikhlasla,tak harapkan balasan.. dia memang tengah betul-betul susah.. kita nie hidup macam roda. kejap kat atas,kejap kat bawah.. orang tengah betul-betul susah,tak salahkan tolong?

A : baiklah... i faham sangat dah dengan perangai u tu..
u, i ada kerja nie.. text lain kali eh.. sorry ganggu u.. take care. salam

me : ok,, salam




apa yang saya nak sampaikan kat sini,kita tolong orang mestilah ikhlas,, tak berfikir atau terlintas langsung di fikiran tolong orang untuk dapatkan balasan.. jangan ada serkap jarang,sikap macam tu boleh memakan diri.. prinsip saya senang je,selagi saya mampu untuk tolong.. saya akan tolong.. kalau tak mampu saya minta maaf.. bila tolong orang,saya rasa gembira.. :) tu nikmat yang sangat seronok tau :)

Selasa, 7 Jun 2011

percaya padaku..

hee saje nak gedik-gedik update entry lebih dari biasa.. sebenarnya tajuk entry tu tajuk lagu kumpula ungu.. bila haku dengar lagu nie teringat pada si dia.. lirik dia, haku suka sangat-sangat. terus cari kat internet and download on that time.. jum kita layan lirik lagu nie :



Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Reff:
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/u/ungu/percaya_padaku.html ]
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Repeat reff

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Repeat reff

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

dan sebenarnya..

assalammualaikum..

alhamdulillah,, kembali haku menulis di blog nie.. setelah beberapa bulan mendiamkan diri, baru ada kekuatan untuk menulis semula,, susahnya nak ubat hati yang luka.. hati yang luka bukan hanya ditinggalkan kekasih ya para pembaca.. dan sebenarnya,beberapa bulan yang lepasbanyak masalah yang di hadapi.. ambil keputusan menghilangkan diri sekejap.. di saat menghilangkan diri tu, haku gunakan sepenunnya untuk memperoleh semula ketenangan hati dan jiwa..

haku baru seminggu kembali ke kehidupan kampus, macam-macam haku alami.. hee dugaan untuk diriku lagi,,, haku terima sahaja,sebab haku tahu ALLAH sayangkan haku,, :)
satu hari tu haku down sangat,tapi alhamdulillah setelah menunaikan solat, solat taubat dan berzikir malam... hatiku kembali tenang,, tapi sebelum tu haku asyik menangis,tidak dapat ku sembunyikan perasaan.. housemateku aine dan najwa mesti dapat syak mata yang merah berair dan menangis di bilik mereka.. maaf naj dan aine sebab haku menangis dalam bilik korang.,

haku hanya manusia biasa.. tak lari dari perasaan marah, terluka, jauh hati.. sudah haku kawal diri ini tapi tetap tak mampu.. haku dah berusaha manjadi kuat, tapi haku gagal.. tewas dengan perasaan sedih ini.. apa yang berlaku tu buat aku jadi takut nak berbaik dengan orang.. bila ade salah faham ke bergaduh ke.. walaupun dah dimaafkan tetap wujud rasa kekoknya,,


bak kata seorang blogger nie cik lumut dalam entrynya :

"untuk ada kawan itu tak susah.tapi untuk ada sebenar-benar kawan yang sentiasa ada dan ingat kita tu yang susah...kite tak boleh nak fikir kawan akan selalu ingat kita sedangkan kite tak tunjuk yang kita
ingat mereka....."

biarla haku sahaja yang alaminya, insyaallah haku takkan biarkan diriku melakukannya kepada orang lain..

monolog sendiri : la tahzan ya hidayah :)


Khamis, 6 Januari 2011

tangisan di petang hari...

salam
hari haku hari nie bermula dengan kegembiraan
dan diakhiri dengan tangisan..

bila diingat semula
apa yang haku luahkan tadi di class
memerlukan kekuatan..
haku masih boleh luahkannya
walaupun haku mengambil masa untuk meneruskan satu demi satu
apa yang haku alami..

nasib baik haku dikelilingi kawan-kawan yang memahami
hafa, wana , zila , alia dan yang lain-lain
thanks sangat..
haku sayang korang sampai bila-bila..

untuk menjadi yang terbaik
mesti kita akan lalui saat-saat sukar
ya..
haku yang sekarang datang dari zaman kegelapan
keinsafan telah merubah segalanya..
tiada manusia sempurna
kita mesti saling menerima seadanya..



Selasa, 4 Januari 2011

transformasi terkini

salam..
sempena tahun baru dan azam yang baru
haku nak buat perubahan
tentang segala-galanya
nak tinggalkan segala memori yang menyakitkan
tapi apa-apa yang istimewa sentiasa tersimpan dihati.


usia pun dah nak ke puluhan nie
takde belasan dah
macam sekejap je rasa
rasa macam baru semalam haku tinggalkan zaman persekolahan
bila dengar lagu hujan - muda
menangis sendirian rindukan kawan-kawan
betapa haku rindukan saat-saat kita bersama kat sekolah dulu

pantas masa berlalukan
bila mak cakap " dah boleh orang datang merisik dah kau nie"
terpaku sebentar sebab
masih terngiang-ngiang lagi pesan mak jangan ngade-ngade nak bercinta
masa kat sekolah dulu
sudah dewasakah haku?
adik haku still cakap haku macam budak-budak
boleh layan kepala adik-adik haku tentang semua perkara
takde yang berubah

tapi takkan nak berterusan macam nie
kita kena sedar diri juga kan?
haku akan letakkan matlamat diri, fokus tentang apa yang igin dikecapi
takkan menoleh kebelakang lagi
berjuang sedaya upaya
masa kan berlalu dengan pantas
heeee :)