Khamis, 29 Julai 2010

ehem2.. dah satu tahun..


salam..

wah.. dah setahun umur blog kesayangan haku nie..
cepatnya masa berlalu
macam baru semalam je haku buat first entry..

credit to nadee
thanks a lot babe..
tolong ajar haku semua..
walaupun mula-mula haku asyik tanye ko itu ini
tapi ko layankan je..
mwahh , sayang ko lebih..
heeee

dear blog..
sayang kamu..
weee..


semoga cik kamu nie semakin rajin update cerita terbaru
semoga cik kamu nie selalu menjengukmu
semoga cik kamu nie
er er
ape ye..?? cukupla tu..
biar hanya kamu dan haku sahaja yang tahu..

s
a
y
a
n
g

k
a
m
u
.
.
.
.
.
.






Selasa, 27 Julai 2010

sabar pun ada hadnya..

salam..

siyes haku rasa bengang and marah giler..
lau ye pun ko menyampah,benci tengok haku..
jangan ar sampai haku tengah solat pun
ko nak menguji kesabaran haku..

cuba ko ada kat tempat haku
ko nak menghadap maha pencipta nie
haku kat tepi ko memekak
bual kuat2 macam ko tengah solat tu tak wujud
ape ko rase beb???

ko nak tanggung dosa haku solat tak khusyuk ke??
ko nak tanggung dosa haku baca surah2 salah ke??
ko nak dosa sangat ko ambikla.
tapi jangan libatkan orang lain..

ko tak hormat haku ko punya pasal
tapi tolong hormat apa yang haku tengah buat..
haku tengah tunaikan kewajipan haku
haku nak menghadap maha pencipta haku
malu la sikit weh..

lau ko rasa apa yang ko buat boleh menyakitkan hati haku
TAHNIAH
sebab ko dah berjaya
sakitkan hati haku
buat haku maki hamun ko
buat haku rasa takkan hormat ko lagi lepas nie
END

Ahad, 25 Julai 2010

diam lagi baik..

salam..
duduk dalam bilik nie buat haku sesak + semak + lemas.
buat haku nak stay luar terus tak nak balik dah bilik nie tapi.....
haku kene relakan hati dan diri jugak ingat misi ko kat sini cik dayah oi
takkan sebab perkara macam tu ko dah give up

apa sangatla sindiran yang ko dapat dan privacy ko yang tak dihormati orang
ko kene kuat
jangan pedulikan tu semua

jangan penah ada rasa iri hati dengan orang lain
be yourself..
tabahkan hati


ala ko kan dah lali dengan cacian dan makian
dari manusia-manusia
yang bermulut puaka..
haku kuat
tapi tak sanggup la
orang yang dulu time dia susah ko tolong,ko jage dia time sakit
buat macam tu kat ko

siyes haku terluka..

bukan nak mengungkit..

tapi kadang-kadang haku rasa macam melepaskan anjing tersepit je

haku lebih suka berdiam diri dalam bilik nie

rumate yang lain dah mula perasan
"dayah ko ok tak? asal ko sekarang banyak diam dowh"
haku hanya jawab "takde apa yang haku nak cakap lagi"
dalam hati "diam lagi baik
dari haku sakitka
n hati orang"



Khamis, 22 Julai 2010

haku tak suka..

layankan je la entry merapu haku nie.. kepada manusia yang sibuk dok tanya haku tu,nie haku jawab banyak-banyak.. bace sampai lebam.. lalalala





haku tak suka pakai make up sebab sangat membazir ok..
duit tu kalau haku SIMPAN boleh tampung perbelanjaan haku kat kampus woo..

haku tak suka pakai make up sebab haku tak nak jadi PERHATIAN manusia yang mulut puaka
ada ke pakai make up cakap nak menunjuk,whathefishh la..

haku tak suka pakai make up sebab nanti haku rase ade bende pelik kat muka haku
macam BADUT tu,kan diorang suke conteng-conteng muke tu..



haku tak suka pakai make up sebab TAKDE motif la..
haku kat kampus nie nak study
banyak perkara yang lagi penting..

haku tak suka pakai make up sebab haku SUKA diri haku seadanya
tak perlu kot nak ubah itu ini..
nak tutup parut-parut jerawat nie semua..
sementara je semua tu..
macam BAGUS je ayat haku kan.. haha

haku tak suka pakai make up sebab CUACA..
nak gi kuliah,berpanas berhujan..
fikirla apa jadi kat make up tu..
pakai la waterproof ke hape pun..
lagi2 yang kuat peluh tu..
tak SANGGUP haku..

haku tak suka pakai make up sebab malas nak layan PERTANYAAN
suka sangat tanye
"eh ko pakai make up jenama ape tu"
MAC ke??
suka la nak pakai jenama apa pun.
HAISSHHH

haku tak suka pakai make up sebab
haku penah kene SOUND dengan abang-abang haku kat umah tu
ko solek-solek nie nak tunjuk kat jantan mane..
PERGH.. giler tajam menusuk sindiran itu ye along,angah.

haku tak suka pakai make up sebab haku TAKNAKLA..
SUKA HATI haku la nak pakai ke tak nak
ada haku susahkan korang ke..
haaa kan haku dah emosi nie..




nota asal sempat je ; haku suka tengok orang pakai make up,cantik je.. hee
buat mase nie mmg haku suka natural je..
pada yang sound haku
"ala nanti ko kawen ko pakai make up jugak kan.."
time tu of coz la,ade juga functionnye..
cuba beritahu haku sape yang nak kawen dalam keadaan selekeh bagai..

Isnin, 19 Julai 2010

baju pengantin mak andam

salam..

kali nie entry tentang novel lagi.. harap maklum ye si empunya blog sekarang tgh mood = giler novel.. heee haku masih lagi dalam proses menghabiskan novel nie.. sekarang haku agak lambat ye,dulu satu hari haku boleh habiskan banyak novel..

pada sesiapa yang tidak berapa nak gemar dengan novel yang terlalu bunga la,jiwang la.. digalakkan untuk baca novel nie.. jalan cerita yang simple dan bahasa yang sempoi abis.. kata-kata yang kita dah selalu pakai.. giler-giler woo cerita nie.. dan kelakar jugak.. boleh buat haku gelak sorang-sorang..
novel nie juga dapat anugerah pilihan pembaca..

hari tu haku beli kat POPULAR ada less 20%.. tak tahula tempat lain pun sama jugak ke tak.. terasa jatuh hati pulak kat novel-novel keluaran kaki novel nie.. ok,haku ada letak link kat bawah untuk korang bace secara online.. nak tahu ending,kene beli..




baju pengantin mak andam,sila klik

Ahad, 18 Julai 2010

biarlah Ym berbicara

salam..

ok,hari nie haku nak beritahu korang tentang novel yang hangat di perkatakan dan dapat anugerah pilihan pembaca.. haku dah abis bace tentang novel nie,memang tak menghampakan.. jalan cerita yang simple,boleh senang kepala korang layan la.. cerita dia gak takde konflik-konflik berat atau tak best yang boleh matikan mood korang untuk terus membace.. gadis-gadis yang suka perkara sweet2 nie memang sangat sesuai la layan novel nie.. cerita novel nie boleh diterima akal la.. takde yang tak logik cam sesetengah novel.. kat bawah nie haku sertakan link yang boleh korang baca novel nie secara online.. tapi harap maklum hanya separuh jalan cerita diberikan.. nak tahu ending korang kene beli di kedai buku yang berhampiran..


biarlah Ym berbicara,sila klik..





andai ada ingkar di hati,menepis wujud disisi..
andai bibir kelu untuk hujani bicara indah pada kemarau hati..
aku rela jemari menjadi pengganti,menarikan irama indah cinta kita.
biarkan saja YM yang terus berbicara.


Khamis, 15 Julai 2010

entry ciput..

salam


esok mahu pulang ke bumi johor..
ada entry tentang "sesuatu" nak post
tapi di sebabkan line internet sangat slow. siput pun lagi laju
haku tangguh kan dulu
sekembalinya dari bumi johor baru haku post ye..
layan jela entry ciput haku nie..

Selasa, 13 Julai 2010

dugaan..

salam

menulis entry dalam keadaan kesihatan yang kurang baik
sangat letih + badan lemah giler + dapat khabar buruk dari keluarga tercinta
fikiran haku sangat tak tenteram
asyik nak nangis je
siyes haku rase haku nie lemah sangat..
tak jauh dengan air mata..
tapi hanya itu yang haku mampu lakukan
untuk meluahkan apa yang haku rasa.

ya ALLAH,
kalau nie dugaanMu kepadaku
haku redha...
berilah haku kekuatan untuk menghadapi semua nie.,
tenangkanlah hatiku,lapangkan fikiranku.
haku memohon..
hanya kepadaMu
kepadaMu..


Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"(153.)



Isnin, 12 Julai 2010

haku di tag? thanks en lompat tikam..

syarat 1 : mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda

lifeofdeqmie.blogspot.. so,huruf "L" la kan..
same mcm blog bro lompat tikam.. heee

syarat 2 : jawapan tak boleh berulang

lets do it.. ( huruf "L" ok ! )


1. nama anda
Leeya = nama pena kat sekolah dolu2..


2. perkataan 4 huruf

Laut


3. nama budak lelaki

Loqman


4. nama budak perempuan

Lisa surihani


5. pekerjaan

Lanun.. eh.boleh ke? hahaha


6. warna

Lutsinar.. main hentam je ok.. sorry bro.. :p


7. sesuatu yang anda pakai

Lipstik


8. makanan

Lamb chop


9. sesuatu yang boleh dijumpai di tandas

Lantai


10. tempat

Ledang


11. alasan bila terlewat

Late, sorry.. lalalala


12. sesuatu yang anda jeritkan

lantak korang la !!


13. tajuk filem

Love story.. huhu


14. minuman

Lobak susu.. ngee~


15. kumpulan muzik

Lagenda


16. haiwan

Lipas.. siyes geli..


17. nama jalan

Laksamana.. kat PG..


18. jenis kereta

limosin.. boleh terima ke?? huuu


19. mereka yang bakal di tag


www.fathiadha.blogspot.com

www.nuquixotic.blogspot.com

www.fiiq26.blogspot.com

kuih kegemaran...



salam..

oleh kerana haku berpuasa hari nie,haku nak citer kat korang kuih kegemaran haku setiap kali bulan puasa time kecik-kecik dulu.. tiap bulan puasa kuih nie memang wajib ada kat juadah berbuka di rumah haku.. kat kampung haku kuih nie dipanggil "kuih jongkong" nama nie diberi sempena bentuk kuih nie selepas dibungkus dengan daun pisang.. nie yang diberitahu oleh mak haku la,tak tahu betul ke tak.. kat kampung haku kuih nie sangat limited ok,hehe.. nak tahu kenapa??sebab hanya seorang wanita je yang memilik resepi nie turun temurun, orang lain kalau buat dengan yakinnya haku akan cakap tak sedap.. hihi.. nama wanita tu mak wok,beliau juga merupakan nenek kepada kawan haku sakina.. haku siap tempah awal-awal kat sakina setiap hari.. takut abis punya pasal,sanggup tu... heee




kat bawah nie korang boleh tengok rupa kuihnya, sempat la haku gi kat pak cik google untuk ehsan gambar-gambar nie ok.. yang korang dapat tengok nie kuih nya cuma satu kaler, kalau kat kampung haku kuih nie digabungkan tiga kaler ala-ala rainbow gitu.. hehe kaler hijau,putih dan merah digabung.. siyes cantik,kadang-kadang macam tak nak makan.. ngee




Jumaat, 9 Julai 2010

ku ada kamu...





Entry nie ditulis khas untuk awak " sayang". Saya nak awak tahu betapa pentingnya awak dan saya sangat menghargai apa yang awak telah lakukan walaupun kadang-kadang saya tidak layak mendapatkannya. Mesti orang diluar fikir 4 bulan bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk dikira tapi cuba kalau mereka berada di situasi kita, terpisah kerana kejauhan.. its not easy ,trust me.. Tapi kita dapat atasinya kan,ya saya mengaku kadang-kadang agak childish. Tapi awak sangat memahami,tak penah pun nak marah-marah.. ok tipu je,awak penah marah saya hari tu. Sedih tapi kejap jela after that ok dah sebab salah saya juga.. Sesekali gaduh tu biasala, kalau tak gaduh macam pelik pulak.. heee saya kalau merajuk pun setakat 10 minit je,pastu saya akan text ' emm,rindu awak.. ' siyeli, saya memang tak boleh nak merajuk lama-lama.. hihi sangat mengada2 and gedik kan.. tapi dengan awak jela.. weee~



awak.. masih ingat my love letter untuk awak.. haha.. saya sangat jiwang kan, sangat happy bila awak cakap awak suka apa yang saya tulis dalam email tu,hati sangat berbunga riang tau.. dan tak lupa jugak awak sangat comel and romantik ok.. sanggup wish birthday saya setiap hari selama sebulan.. kalau awak lupa wish hari nie,esok awk akan wish double.. siap nyanyi untuk saya lagi.. awww,so sweet sayang.. makin sayang kat awak lah.. selalu buat saya gelak.. tapi awak penah cakap kalau awak takde pun kene happy juga.. tak suka la awak cakap macam tu.. awak kena ada, dengan saya ya sayang.


Saya masih ingat ada satu hari tu saya nangis-nangis call awak.. time tu saya tengah ada masalah dan awak tanya kenapa.. but saya still cakap takde apa-apa dan awak mcm hilang sabar kot time tu.. dah macam nak marah-marah.. pastu awak cakap 'saya nie sapa pada awak' and saya macam kelu habis.. tak sangka awak tanya macam tu.. sedih sangat,of coz la awak orang penting dalam hidup saya.. mula-mula saya memang susah nak share apa dengan awak kan? but now tak kan.. apa-apa masalah saya share dengan awak.. and dah terbiasa sekarang.. apa-apa mesti cerita kat awak.. sayang,thanks yerh ada kat my side tak kira time mood saya tgh swing, happy , sedih..




p/s : i love you mohd sabri mohd

Sabtu, 3 Julai 2010

salam..


terasa lama tidak menjenguk blog kesayangan ku nie.. sesekali ada juga berblogwalking.. wah,,, blog mereka di penuhi entry2 baru... tapi blog haku,macam tu juga.. di rumah seakan tiada masa menjenguk blog ini,entah mengapa.. fb menjadi jalan mudah untuk meluah perasaan dengan status yang tidak panjang mana pun..


sekarang sudah berada di bumi melaka.. tapi,jasad ku sahaja mungkin.. fikiran ku masih berada di rumah,terbayang seketika wajah-wajah riang yang baru sahaja meninggalkan ku keseorangan di tempat orang ini.. baru berpisah sahaja sudah mula membuat hatiku resah.. tiba-tiba sahaja perasaan rindu menyelubungi diri.. mula la air mata ini mahu meluncur laju.. ayah ibu , haku masih anak gadismu yang dulu.. masih tidak terbiasa dengan keadaan yang memerlukan haku berpisah dengan keluarga..


hati ku seakan-akan berat mahu pulang ke melaka.. mungkinkah kegagalan itu mempengaruhi emosi ku?? tertanya-tanya pada diri,kenapa masih belum ada rasa mahu pulang.. terpaksakah haku?? kekuatan itu hilang,ke mana perginya.. selama ini hanya menyimpan,tidak terluah dek kata-kata.. kelu sahaja lidah ini jika ingin meluahkan tentang 'rasa' ini kepada ibuku.. tidak sanggup rasanya mengguriskan hati ibu yang menyimpan hasrat menggunung.. perlukah hasrat itu ku anggap sebagai beban?? tidak,tidak.. itu bukan beban tapi tanggungjawab yang harus ku penuhi setelah haku berikrar pada diri.. tidak mahu pula haku mengingkari janji yang telah terpatri dalam jiwa ku ini..


sangat berharap untuk ku temukan semula semangat dalam diri,itu sangat perlu untuk meneruskan perjuangan ku di sini..