salam..
terasa lama tidak menjenguk blog kesayangan ku nie.. sesekali ada juga berblogwalking.. wah,,, blog mereka di penuhi entry2 baru... tapi blog haku,macam tu juga.. di rumah seakan tiada masa menjenguk blog ini,entah mengapa.. fb menjadi jalan mudah untuk meluah perasaan dengan status yang tidak panjang mana pun..
sekarang sudah berada di bumi melaka.. tapi,jasad ku sahaja mungkin.. fikiran ku masih berada di rumah,terbayang seketika wajah-wajah riang yang baru sahaja meninggalkan ku keseorangan di tempat orang ini.. baru berpisah sahaja sudah mula membuat hatiku resah.. tiba-tiba sahaja perasaan rindu menyelubungi diri.. mula la air mata ini mahu meluncur laju.. ayah ibu , haku masih anak gadismu yang dulu.. masih tidak terbiasa dengan keadaan yang memerlukan haku berpisah dengan keluarga..
hati ku seakan-akan berat mahu pulang ke melaka.. mungkinkah kegagalan itu mempengaruhi emosi ku?? tertanya-tanya pada diri,kenapa masih belum ada rasa mahu pulang.. terpaksakah haku?? kekuatan itu hilang,ke mana perginya.. selama ini hanya menyimpan,tidak terluah dek kata-kata.. kelu sahaja lidah ini jika ingin meluahkan tentang 'rasa' ini kepada ibuku.. tidak sanggup rasanya mengguriskan hati ibu yang menyimpan hasrat menggunung.. perlukah hasrat itu ku anggap sebagai beban?? tidak,tidak.. itu bukan beban tapi tanggungjawab yang harus ku penuhi setelah haku berikrar pada diri.. tidak mahu pula haku mengingkari janji yang telah terpatri dalam jiwa ku ini..
sangat berharap untuk ku temukan semula semangat dalam diri,itu sangat perlu untuk meneruskan perjuangan ku di sini..
0 ulasan:
Catat Ulasan