skip to main |
skip to sidebar
salam..
oleh kerana haku berpuasa hari nie,haku nak citer kat korang kuih kegemaran haku setiap kali bulan puasa time kecik-kecik dulu.. tiap bulan puasa kuih nie memang wajib ada kat juadah berbuka di rumah haku.. kat kampung haku kuih nie dipanggil "kuih jongkong" nama nie diberi sempena bentuk kuih nie selepas dibungkus dengan daun pisang.. nie yang diberitahu oleh mak haku la,tak tahu betul ke tak.. kat kampung haku kuih nie sangat limited ok,hehe.. nak tahu kenapa??sebab hanya seorang wanita je yang memilik resepi nie turun temurun, orang lain kalau buat dengan yakinnya haku akan cakap tak sedap.. hihi.. nama wanita tu mak wok,beliau juga merupakan nenek kepada kawan haku sakina.. haku siap tempah awal-awal kat sakina setiap hari.. takut abis punya pasal,sanggup tu... heee
kat bawah nie korang boleh tengok rupa kuihnya, sempat la haku gi kat pak cik google untuk ehsan gambar-gambar nie ok.. yang korang dapat tengok nie kuih nya cuma satu kaler, kalau kat kampung haku kuih nie digabungkan tiga kaler ala-ala rainbow gitu.. hehe kaler hijau,putih dan merah digabung.. siyes cantik,kadang-kadang macam tak nak makan.. ngee
0 ulasan:
Catat Ulasan