salam..
ok, entry petang nie diilhamkan ole matlutfi,, hee maafla,dah peminat kan.. saya tertarik dengan one of beliau punya vlog yang bertemakan judgemental atau dalam bahasa melayunya pertimbangan atau penilaian. ya di akui separuh daripada kita suka menilai orang lain tanpa berfikir dahulu. seolah-olah perlu mancari kesalahan orang lain dan membuat tuduhan melulu. tidak ke kita terfikir perasaan insan terbabit, kadang-kadang dia tak bermaksud pun nak begitu begini. kita pula dengan senang hati je menuduh insan terbabit. ya tidak salah untuk menegur tapi biarlah dengan cara yang berhikmah bukan untuk menjatuhkan.
contohnya, bila orang kawin muda,mesti akan ada yang cakap. "hah, tu dah terlanjur la tu",
atau pun bila kita bersedekah "hah, tu nak menunjuk la tu". sedarka kita hanya ALLAH sahaja yang boleh menentukan seseorang tu baik ke jahat.
lagi satu kalau kita semua perasan, bila timbulnya sesuatu masalah. kita akan dengar sebelah pihak dan terus menjatuhkan hukuman. ok dia nie manusia paling jahatla, luar je baik dalam hancur. situasi nie penahla berlaku kepada saya, apabila orang menyatakan saya perampas boyfriend orang. saya tak tahu macam mana cerita tu tersebar, ya, ada salah faham antara saya dan insan lain, dan saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang salah faham tersebut. pelik kan? mestila ada orang bercerita, yang pendengar pula dengar sebelah pihak terus menyalahkan saya. tentang masalah nie saya hanya berdiam diri. nak tahu kenapa? sebab itu yang dijanjikan, saya berpegang pada ini "kalau kita jaga aib orang, ALLAH jaga aib kita" dan takde pula saya nak melenting or nak pergi menyerang insan terbabit untuk mendapatkan penjelasan. untuk apa, kalau dah tahu diri tak salah diam jelah.. balasan tu ALLAH yang tentukan.
Rasulullah SAW bersabda : "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk" (Hadis Riwayat Abi Daud)
apa yang saya nak sampaikan kat sini, dengar cerita dua belah pihak. baru adilkan. then nak judge ape pun judge la.. dan lagi satu kita tak perlu nak pengaruh orang lain dengan cerita yang kita tak tahu kesahihannya. saya tak kisah apa orang kata, yang penting saya tahu siapa saya dan orang yang rapat dengan saya setakat nie alhadulillah sangat memahami. kan lagi baik sebelum kita judge orang lain, kita muhasabah diri. perbaiki diri sendiri dahulu dan kalau dah kukuh akhlak peribadi diri boleh la tegur orang lain tapi mestilah dengan cara yang berhikmah.
di bulan suci ini, marila kita renung-renungkan. boleh menilai orang lain tapi janganla keterlaluan samapi menjatuhkan insan tersebut. cuba kita fikir kalau ia berlaku pada diri kita. kalau kita dah berusaha untuk menjaga hubungan sesama manusia tetapi masih ada yang judge kita macam-macam.. buat tak dengar dan jangan layan. bersabar dan doakan dia mendapat hidayah dariNYA.
Kesimpulannya, kita jangan terlalu cepat menghakimi dan menghukum orang lain. ALLAH tu maha adil, senjata kita ialah doa. mohon doa dariNYA, tunjukkan kebenaran insyaALLAH kebenaran akan terbuka.
4 ulasan:
knl ht budi kan bek..
dont judge people frm its cover ..hhiihi
:)
nurain : betul2.. :)
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan." - al-Hujurat, ayat 6-8"
thanks abg :)
Catat Ulasan