Isnin, 12 Julai 2010

haku di tag? thanks en lompat tikam..

syarat 1 : mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda

lifeofdeqmie.blogspot.. so,huruf "L" la kan..
same mcm blog bro lompat tikam.. heee

syarat 2 : jawapan tak boleh berulang

lets do it.. ( huruf "L" ok ! )


1. nama anda
Leeya = nama pena kat sekolah dolu2..


2. perkataan 4 huruf

Laut


3. nama budak lelaki

Loqman


4. nama budak perempuan

Lisa surihani


5. pekerjaan

Lanun.. eh.boleh ke? hahaha


6. warna

Lutsinar.. main hentam je ok.. sorry bro.. :p


7. sesuatu yang anda pakai

Lipstik


8. makanan

Lamb chop


9. sesuatu yang boleh dijumpai di tandas

Lantai


10. tempat

Ledang


11. alasan bila terlewat

Late, sorry.. lalalala


12. sesuatu yang anda jeritkan

lantak korang la !!


13. tajuk filem

Love story.. huhu


14. minuman

Lobak susu.. ngee~


15. kumpulan muzik

Lagenda


16. haiwan

Lipas.. siyes geli..


17. nama jalan

Laksamana.. kat PG..


18. jenis kereta

limosin.. boleh terima ke?? huuu


19. mereka yang bakal di tag


www.fathiadha.blogspot.com

www.nuquixotic.blogspot.com

www.fiiq26.blogspot.com

kuih kegemaran...



salam..

oleh kerana haku berpuasa hari nie,haku nak citer kat korang kuih kegemaran haku setiap kali bulan puasa time kecik-kecik dulu.. tiap bulan puasa kuih nie memang wajib ada kat juadah berbuka di rumah haku.. kat kampung haku kuih nie dipanggil "kuih jongkong" nama nie diberi sempena bentuk kuih nie selepas dibungkus dengan daun pisang.. nie yang diberitahu oleh mak haku la,tak tahu betul ke tak.. kat kampung haku kuih nie sangat limited ok,hehe.. nak tahu kenapa??sebab hanya seorang wanita je yang memilik resepi nie turun temurun, orang lain kalau buat dengan yakinnya haku akan cakap tak sedap.. hihi.. nama wanita tu mak wok,beliau juga merupakan nenek kepada kawan haku sakina.. haku siap tempah awal-awal kat sakina setiap hari.. takut abis punya pasal,sanggup tu... heee




kat bawah nie korang boleh tengok rupa kuihnya, sempat la haku gi kat pak cik google untuk ehsan gambar-gambar nie ok.. yang korang dapat tengok nie kuih nya cuma satu kaler, kalau kat kampung haku kuih nie digabungkan tiga kaler ala-ala rainbow gitu.. hehe kaler hijau,putih dan merah digabung.. siyes cantik,kadang-kadang macam tak nak makan.. ngee




Jumaat, 9 Julai 2010

ku ada kamu...





Entry nie ditulis khas untuk awak " sayang". Saya nak awak tahu betapa pentingnya awak dan saya sangat menghargai apa yang awak telah lakukan walaupun kadang-kadang saya tidak layak mendapatkannya. Mesti orang diluar fikir 4 bulan bukanlah satu jangka masa yang panjang untuk dikira tapi cuba kalau mereka berada di situasi kita, terpisah kerana kejauhan.. its not easy ,trust me.. Tapi kita dapat atasinya kan,ya saya mengaku kadang-kadang agak childish. Tapi awak sangat memahami,tak penah pun nak marah-marah.. ok tipu je,awak penah marah saya hari tu. Sedih tapi kejap jela after that ok dah sebab salah saya juga.. Sesekali gaduh tu biasala, kalau tak gaduh macam pelik pulak.. heee saya kalau merajuk pun setakat 10 minit je,pastu saya akan text ' emm,rindu awak.. ' siyeli, saya memang tak boleh nak merajuk lama-lama.. hihi sangat mengada2 and gedik kan.. tapi dengan awak jela.. weee~



awak.. masih ingat my love letter untuk awak.. haha.. saya sangat jiwang kan, sangat happy bila awak cakap awak suka apa yang saya tulis dalam email tu,hati sangat berbunga riang tau.. dan tak lupa jugak awak sangat comel and romantik ok.. sanggup wish birthday saya setiap hari selama sebulan.. kalau awak lupa wish hari nie,esok awk akan wish double.. siap nyanyi untuk saya lagi.. awww,so sweet sayang.. makin sayang kat awak lah.. selalu buat saya gelak.. tapi awak penah cakap kalau awak takde pun kene happy juga.. tak suka la awak cakap macam tu.. awak kena ada, dengan saya ya sayang.


Saya masih ingat ada satu hari tu saya nangis-nangis call awak.. time tu saya tengah ada masalah dan awak tanya kenapa.. but saya still cakap takde apa-apa dan awak mcm hilang sabar kot time tu.. dah macam nak marah-marah.. pastu awak cakap 'saya nie sapa pada awak' and saya macam kelu habis.. tak sangka awak tanya macam tu.. sedih sangat,of coz la awak orang penting dalam hidup saya.. mula-mula saya memang susah nak share apa dengan awak kan? but now tak kan.. apa-apa masalah saya share dengan awak.. and dah terbiasa sekarang.. apa-apa mesti cerita kat awak.. sayang,thanks yerh ada kat my side tak kira time mood saya tgh swing, happy , sedih..




p/s : i love you mohd sabri mohd

Sabtu, 3 Julai 2010

salam..


terasa lama tidak menjenguk blog kesayangan ku nie.. sesekali ada juga berblogwalking.. wah,,, blog mereka di penuhi entry2 baru... tapi blog haku,macam tu juga.. di rumah seakan tiada masa menjenguk blog ini,entah mengapa.. fb menjadi jalan mudah untuk meluah perasaan dengan status yang tidak panjang mana pun..


sekarang sudah berada di bumi melaka.. tapi,jasad ku sahaja mungkin.. fikiran ku masih berada di rumah,terbayang seketika wajah-wajah riang yang baru sahaja meninggalkan ku keseorangan di tempat orang ini.. baru berpisah sahaja sudah mula membuat hatiku resah.. tiba-tiba sahaja perasaan rindu menyelubungi diri.. mula la air mata ini mahu meluncur laju.. ayah ibu , haku masih anak gadismu yang dulu.. masih tidak terbiasa dengan keadaan yang memerlukan haku berpisah dengan keluarga..


hati ku seakan-akan berat mahu pulang ke melaka.. mungkinkah kegagalan itu mempengaruhi emosi ku?? tertanya-tanya pada diri,kenapa masih belum ada rasa mahu pulang.. terpaksakah haku?? kekuatan itu hilang,ke mana perginya.. selama ini hanya menyimpan,tidak terluah dek kata-kata.. kelu sahaja lidah ini jika ingin meluahkan tentang 'rasa' ini kepada ibuku.. tidak sanggup rasanya mengguriskan hati ibu yang menyimpan hasrat menggunung.. perlukah hasrat itu ku anggap sebagai beban?? tidak,tidak.. itu bukan beban tapi tanggungjawab yang harus ku penuhi setelah haku berikrar pada diri.. tidak mahu pula haku mengingkari janji yang telah terpatri dalam jiwa ku ini..


sangat berharap untuk ku temukan semula semangat dalam diri,itu sangat perlu untuk meneruskan perjuangan ku di sini..

Selasa, 18 Mei 2010

adik-adik ku....

salam..


selama haku bercuti dan duduk rumah nie.. haish,macam-macam la kerenah adik-adik haku yang haku dapat tengok... yang buat haku gelak guling2 lain,yang buat haku naik angin pun ada.. makin nakal mereka berdua tu.. tak padan dengan umur.. kekadang tak dengar cakap,melawan.. dengan haku takpela nak buat macam tu,haku tak kisah sangat.. tapi haku dah warning awal-awal buat macam tu kat mak ayah siapla mereka.. kalau bab warning tu mereka sangat patuh ye,sebab tak sanggup nak dengar marah2 mereka... hehe

adik haku yang paling bongsu berumur 11 tahun.. apa yang haku dapat tengok dari perangai die nie,die nie memang susah nak lekat kat umah.. banyak mengabiskan mase diluar bermain.. sabtu ahad bangun2 tido,mandi ape semua.. minta izin kat haku nak keluar.. ciss,kalau haku tak bagi merajuk macam budak perempuan kat bilik.. biasenye memang haku tak bagi keluar,merajuk la sorang2 kat bilik tu.. bukan kejam,kene tegas sikit... haku akan suro siapkan homework,then petang tu baru haku bagi kuar.. si kecik tu angin jela,tak nak tegur haku.. tapi... time makan reti lak balik,pastu tahu lak nak tegur2 haku... memang tak boleh merajuk lelame dengan haku.. sebab die ape2 semua name haku disebutnye... walaupun die nie sangat nakal,tapi agak peka la.. kalau haku badmood ke,sedih ke.. die dapat agak,pastu mesti die tanye nape.. die akan tunggu sampai haku beritahu die kalau tak die duk situ jela.. macam penyibuk gak kan.. tapi haku faham sangat dah die memang macam tu..

adik yang bawah haku lak perempuan,16 tahun dah.. die nie okla,dah tahu berfikir so takde la nak buat hal ke ape.. haku memang rapat dengan die,maybe sebab kami berdua je perempuan so kiteorang selalu kongsi ape2 masalah pun.. die sangat memahami n selalu support haku dalam semua hal.. die ade kat sisi haku la tak kire ape situasi pun.. dari segi pelajaran die lagi pandai lagi haku.. haku sangat bangge la dengan die nie.. memang haku nak die lagi bagus dari haku.. penah suarakan kat haku die bercita-cita nak jadi navy.. die berminat lepas tengok cerita sea patrol.. die nie sangat bersemangat lah.. ape2 pun haku selalu support and doakan yang terbaik untuk die..

Sabtu, 15 Mei 2010

ketinggalan...

salam..



erm.. lame dah haku tinggalkan blog nie.. busy dengan keje2,final exam hari tu lagi.. kemalasan yg datang buat haku takde mase je update blog nie.. tapi status facebook hari2 bertukar.. huhu.. macam mane encik fathi adha boleh bahagikan mase die untuk tetap update blog walaupun die lagi busy dari haku... fathi,ade tips tak? hihi.. haku perlukan mase untuk buat entry nie.. lau tak haku blurr,tak tahu ape nak taip.. perlukan keadaan yang tenang juge..



berkenaan tajuk ketinggalan tu sebenarnye bile haku jarang ade kat rumah.. ape2 tentang yang terjadi kat rumah semua haku tak tahu.. mak ayah n family haku takkan beritahu haku ape2 pun... maybe diorang tak nak haku risau n study haku terganggu semate2 kerana ape yg terjadi tu.. tapi siyesla,setiap kali haku balik mesti ade cerita yang tak sedap haku nak dengar timbul.. sekarang nie perkare yang tak disangka2 pulak timbul.. macam-macam perasaan dalam diri haku nie... gembira,sedih,terkejut,marah dan macam-macam lagi la.. hurm.. kadang-kadang haku rase macam lebih baik stay kat uitm lelame je.. tapi entahla... kenapa masalah orang lain haku pulak yang runsing? mungkin bile ia melibatkan orang yang haku sayang,haku tak abis fikir tentangnye...



harap-harap la perkare ni dapat diselesaikan dengan cara yg lebih baik.. dan semua pihak akan gembira dengan penyelesaian tu.. sekarang yang haku mampu buat cume berdoa.. biarla berkesudahan yang baik.. haku tak sanggup la nak tahu perkara yang tak sepatutnya jadi penyelesaian.. Ya ALLAH kalau ini dugaan yang diberikan kat keluargaku,kami redha.. berilah kami kekuatan untuk menghadapinye...

Khamis, 1 April 2010

setelah sekian lama...

salam..



tajuk tak boleh bla.. huhu.. hurm lame dah tak buat entry baru kat blog haku nie,banyak sebab kenapa.. haku busy,kemalasan yang amat dan takde idea untuk diluahkan.. tibe2 rase haku mengabaikan blog kesayangan haku nie.. bulan mac nie macam2 berlaku dalam hidup haku.. gembira,sedih,duka,terasa hati,marah semua ada.. memang lengkaplah,sangat2 menguji.. nasib baikla haku ade family,kawan2 dan si dia yang sangat memahami.. banyak bagi support kat haku..


dan bulan mac nie jugak genap umur haku 19 tahun.. pada si dia,terima kasih jadi yang pertama dan terakhir yang wish.. budak2 dpa2d,thank you korang buat haku happy hari tu.. ada yang wish,nyanyikan lagu dan belikan present tu thank you so much la.. haku sayang korang sangat2..


sempena hari lahir haku tu haku doa agar ALLAH kurniakan kesihatan tubuh badan kat kedua mak ayah haku.. bagi kesenangan pada family haku,biarla kami berada di landasan yang betul.. haku gak berdoa supaya ALLAH bagi peluang kat haku untuk balas jasa dan budi mak ayah haku.. semoaga haku terus kuat mnghadapi semua dugaan dan ujian yang ALLAH berikan..


hanya ini yang mampu haku luahkan,ade mase haku kembali aktif dengan dunia blogger.. dah lame tak berblogwalking.. tapi akan cuba gak,rindu sangat dah nie dengan dunia blogger.. ;)