Selasa, 22 Disember 2009

Faedah ber'couple'...

Antara perkara yang 'bermanfaat' daripada bercouple...

  • seronok (dapat fitnah)
  • seronok (dapat pahala)
  • seronok (dapat geng dgn syaitan)
  • dapat meluahkan masalah kita (ALLAH kan ada)
  • banyak habis duit (lebih baik gunakan untuk bersedekah)... tak kurang juga habiskan duit beli topup dan bayar bil telefon yg melambung setiap bulan..
  • banyak risau (takut awek orang lain kebas... berpa kali dah miss solat sebab asyik berdating... tak pulak risau!)
  • banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sebagai muslim sepatutnya banyak mengingati MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
  • lebih mengutamakan awek daripada orang lain (hidup dalam dunia sendiri,dai dan awek dia shj.... yg lain dah tak kisah....)
  • menepati masa dan janji (takut awek marah...solat farhu lewat tak takut pulak)
  • lain-lain lagi yg memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

p/s : renung2kan.....

Jumaat, 20 November 2009

Ambillah iktibar dari pohon semalu wahai wanita..


Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama-sama puteri baginda , saidatina Fatimah r.a. Setibanya meraka di bawah pohon tamar Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan....


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahwasanya pohon semalu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:

pertama,pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu ada perasaan malu (pada tempatnya)

kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, perempuan perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya sebagai seorang wanita islam.

ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dam mencengkam bumi. ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH RABBUL' ALAMIN.

dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu, kaum hawa sekalian , kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

sumber : Kelab Remaja JIM ( Jamaah islah Malaysia negeri Johor )

Jumaat, 13 November 2009

perkara-perkara yang menyenangkan hati bapa (tetapi sering diabaikan oleh anak-anak)

  • memanggil bapa dengan panggilan yang mesra dan hormat
  • tidak sekali-kali menbantah cakap dan arahannya
  • hormati bapa sebagai ketua keluarga
  • tidak memanggil dengan namanya atau denagan gelaran yang tidak elok
  • cium tangan bapa ketika keluar rumah dan selepas solat
  • solat berjemaah dengan berimamkannya
  • melihatnya dengan pandangan hormat dan rendah diri
  • meminta keizinan daripada bapa untuk melakukan sebarang pekerjaan
  • memaklumkan kepada bapa semua aktiviti yang anda lakukan diluar
  • meminta nasihat bapa
  • menjaga nama baik bapa
  • tidak sekali-kali menjamah makanan sebelum bapa menjamahnya
  • merawat bapa dengan penuh kasih sayang ketika dia sakit

perkara-perkara yang menyenangkan hati ibu (tetapi sering diabaikan oleh anak-anak)

  • bercakap dengan suara yang lembut dan lunak
  • memanggil ibu dengan nada yang manja dan keanak-anakan
  • menceritakan kepadanya peristiwa2 yang berlaku kepada diri anda
  • meminta kebenaran daripada ibu jika hendak ke mana-mana
  • tidak memaksa ibu menberikan kebenaran untuk keluar rumah,jika dia mengatakan tidak
  • tidak mengingkari suruhannya
  • minta nasihat darinya dalam semua perkara
  • menjadikan ibu sebagai tempat mengadu
  • cium tangan ibu ketika hendak keluar rumah
  • selalu menghubungi ibu
  • membantu ibu menyiapkan kerja-kerja dapur
  • tidak memanggil dengan namanya atau gelaran yang kurang sopan
  • menulis warkah kepadanya dengan menggunakan bahasa yang indah dan puitis

Happy birthday nadee!!


  1. semoga panjang umur
  2. semakin cumel n cantik
  3. teruskan sikap gile-gile anda
  4. ko memang roomate yg best gile
  5. mrs zam harith kan3?
  6. bahagia selalu

Panduan mengenali pasangan

Makwe anda BELUM benar-benar mencintai anda jika :
  1. sering mengajak anda keluar jalan-jalan (buang masa)
  2. selalu sgt meminta anda belanjanya makan dan shopping
  3. asyik menghubungi anda siang dan malam
  4. ingin mengikut ke mana sahaja anda pergi
  5. selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
  6. tidak pernah mengingatkan anda utk bersolat apabila tiba waktunya
  7. tidak berminat berbincang soal pelajaran
  8. anda sering melihat dia melewatkan solat atau meninggalkan solat
  9. sering mengelak daripada bercakap tentang agama

MAKNANYA : jika semua atau salah satu ciri-ciri diatas di miliki oleh makwe anda, confirm dia memang TIDAK TELUS mencintai anda, tetapi lebih berminat dengan poket anda.

"JIKA DITERUSKAN HUBUNGAN DENGAN WANITA SEPERTI INI,BUKAN POKET ANDA SAHAJA YANG AKAN KERING MALAH PELAJARAN ANDA JUGA AKAN MEROSOT DAN TERGANGGU"

Pakwe anda BELUM benar-benar mencintai anda jika:

  1. sering menggangu dengan menelefon atau sms anda ketika sedang belajar
  2. sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi
  3. suka memegang tangan anda,kadang2 dia pura2 tidak sengaja
  4. selalu minta tolong siapkan assignment
  5. banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
  6. selalu minta dibelanja dan minta duit topup hp
  7. tidak berminat membincangkan soal pelajaran
  8. sering mengajak ke tempat yang tidak elok seperti kelab malam
  9. anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal2 agama

"JIKA BEGINILAH CIRI2 YANG TERDAPAT PADA PAKWE ANDA,JANGAN SEGAN2 MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN SEGERA.JELASLAH BAHAWA DIA TIDAK JUJUR MENCINTAI ANDA DAN KASIHNYA BERTUNJANGKAN NAFSU SERAKAH SEMATA2"

happy birthday kak emy!!!!!




  1. semoga panjang umur n murah rezeki
  2. dapat result gempak n dapat DL lg sem nie
  3. bahagia dgn bf tersayang
  4. semakin cumel n cantik
  5. akak paling best
  6. kteorg (dayah n mek) syg akak sgt ok!