skip to main |
skip to sidebar
Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama-sama puteri baginda , saidatina Fatimah r.a. Setibanya meraka di bawah pohon tamar Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan....Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahwasanya pohon semalu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:pertama,pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu ada perasaan malu (pada tempatnya)kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, perempuan perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya sebagai seorang wanita islam.ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dam mencengkam bumi. ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH RABBUL' ALAMIN.dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu, kaum hawa sekalian , kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.sumber : Kelab Remaja JIM ( Jamaah islah Malaysia negeri Johor )
0 ulasan:
Catat Ulasan