Jumaat, 13 November 2009

Panduan mengenali pasangan

Makwe anda BELUM benar-benar mencintai anda jika :
  1. sering mengajak anda keluar jalan-jalan (buang masa)
  2. selalu sgt meminta anda belanjanya makan dan shopping
  3. asyik menghubungi anda siang dan malam
  4. ingin mengikut ke mana sahaja anda pergi
  5. selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
  6. tidak pernah mengingatkan anda utk bersolat apabila tiba waktunya
  7. tidak berminat berbincang soal pelajaran
  8. anda sering melihat dia melewatkan solat atau meninggalkan solat
  9. sering mengelak daripada bercakap tentang agama

MAKNANYA : jika semua atau salah satu ciri-ciri diatas di miliki oleh makwe anda, confirm dia memang TIDAK TELUS mencintai anda, tetapi lebih berminat dengan poket anda.

"JIKA DITERUSKAN HUBUNGAN DENGAN WANITA SEPERTI INI,BUKAN POKET ANDA SAHAJA YANG AKAN KERING MALAH PELAJARAN ANDA JUGA AKAN MEROSOT DAN TERGANGGU"

Pakwe anda BELUM benar-benar mencintai anda jika:

  1. sering menggangu dengan menelefon atau sms anda ketika sedang belajar
  2. sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi
  3. suka memegang tangan anda,kadang2 dia pura2 tidak sengaja
  4. selalu minta tolong siapkan assignment
  5. banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
  6. selalu minta dibelanja dan minta duit topup hp
  7. tidak berminat membincangkan soal pelajaran
  8. sering mengajak ke tempat yang tidak elok seperti kelab malam
  9. anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal2 agama

"JIKA BEGINILAH CIRI2 YANG TERDAPAT PADA PAKWE ANDA,JANGAN SEGAN2 MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN SEGERA.JELASLAH BAHAWA DIA TIDAK JUJUR MENCINTAI ANDA DAN KASIHNYA BERTUNJANGKAN NAFSU SERAKAH SEMATA2"

1 ulasan:

Fathi Adha berkata...

wah best entry ini...hihi