Rabu, 29 Februari 2012

berdiri di kaki sendiri

assalamualaikum..

wahhh, terasa lama tidak publish new entry disini.. banyak perkara menjadi penghalang :)
kekangan masa, terlalu sibuk dengan hal yang lagi penting,, siyes terasa rindu,bukan tidak menjenguk langsung tetapi hanya sekadar melihat di dashboard..





berkaitan dengan tajuk diatas itu, hari ini saya membuat keputusan untuk kepentingan sendiri.. saya cuba mneguji diri dengan membuat keputusan dan bersedia menghadapi segala risiko.. umur yang menginjak ke angka 21 tahun, menyedarkan saya tentang belajar membuat keputusan untuk diri sendiri.. bukan tidak pandai membuat keputusan tetapi saya ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat. Alhamdulillah, perubahan yang saya cuba lakukan memberikan satu aura positif tentang diri saya sendiri..


sudah tiba masanya untuk saya berkelakuan seperti umur itu.. masih terngiang-ngiang ditelinga ketika mama mengatakan saya terlalu bersifat keanak-anakan. saya sudah dewasa mama. perubahan tidak mungkin berlaku sepantas kilat.. itu bukan perubahan tetapi lakonan. bagi saya proses perubahan mengambil masa tertentu bersesuaian dengan diri individu tersebut.


banyak yang perlu saya ubah, saya memerlukan masa dan sokongan. faktor pendorong untuk saya menjadi lebih matang adalah kerana saya memikul tanggungjawab sebagai harapan keluarga. tidak mungkin saya masih mahu terus di takuk yang lama.



insyAallah saya akan berubah ke arah yang lebih baik :)




p/s : sahabat blogger, doakan saya :)

Ahad, 4 September 2011

Google : Freddie Mercury

video

nie video sempena memperingati Freddie Mercury oleh google..
hee best2
jum kita tengok sesama..

bagi sesiapa yang tak mengenali beliau
boleh klik link kat bawah nie

Eid 2011..

salam..
rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan
"selamat hari raya maaf zahir & batin"
bila berada di kampung peluang untuk update blog kesayangan memang tipis
disebabkan line broadband yang tak berapa ok..

hari nie saya kembali !!
esok sudah memulakan rutin harian sebagai seorang mahasiswi
ganjaran selepas cuti ialah test-test yang sangat-sangat dinantikan
bila di rumah buku-buku memang jauh dari pandangan
so malam nie nak pulun abis study,,
sila jangan tiru cara saya nie..

raya tahun nie
alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga
biarpun kini abang long hanya bersama anak-anaknya
kegembiraan masih ada
terubat rindu mak dan ayah 
bila dapat berjumpa ketiga-tiga cucuya..
semoga ALLAH membuka jalan yang terbaik untuk keluargaku


Rabu, 24 Ogos 2011

wordless wednesday- mood raya !!


Sabtu, 20 Ogos 2011

kau buat ku jatuh cinta


saya sedang jatuh..
jatuh hati pada lagu ini..
ost ramadhan terakhir di tv3

alunan muzik dan lirik
yang sangat "kena" dengan jiwaku


Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

malam lailatul qadar

Golongan beriman tetap berusaha menunggu malam lailatul qadar

MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.

Namun, bagi Ramadan yang penuh keberkatan, pada setiap tahun akan diserikan dengan malam istimewa iaitu malam lailatul qadar. Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Ada dua definisi lailatul qadar iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.
Kedua, malam penentuan dari Allah SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang hamba.

Mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.

Pada malam lailatul qadar, penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.”
Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan. Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.

Malam istimewa ini sudah diceritakan Baginda SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Aishah yang bermaksud: “Tuntutilah malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir dari Ramadan.”

Pengarang Kitab Fathul Wahhab menyebut, jika awal puasa jatuh hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar pada malam 29. Jika puasa bermula hari Isnin, maka lailatul qadar pada malam 27. Jika puasa hari Selasa atau Khamis, maka ia jatuh pada malam 25. Jika puasa Jumaat maka ia jatuh pada malam 21. Jika puasa pada hari Sabtu, maka lailatul qadar adalah pada malam 23.

Ulama bernama Abu Al-Hasan berkata: “Setiap tahun dalam hidupku telah mendapati malam itu dengan menggunakan kaedah ini. Namun, ia tetap menjadi rahsia Allah SWT supaya orang yang beriman akan terus berusaha mendapatkannya.

Apa yang penting bagi umat Islam ialah menghidupkan malam istimewa ini dengan beriktikaf di masjid, berselawat, zikir, istighfar, qiamullail dan berdoa.

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatul qadar, maka sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).

Orang Islam hendaklah memastikan rumah mereka dihiasi dengan alunan kitab suci serta melakukan perkara diredai Allah SWT sebagai tanda ucapan selamat datang kepada malam lailatul qadar.

Mereka yang mendapat lailatul qadar adalah mereka yang berpuasa dalam erti kata sebenarnya, memahami puasa bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari segala perkara yang menodai keimanan serta godaan nafsu keinginan yang tiada sempadan.

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
bhagama@bharian.com.my
2011/08/20

Rabu, 17 Ogos 2011

emosi..

jangan senyum kepadaku
kerana bibirku tidak mampu mengukir senyuman

jangan bertanya kenapa aku..
kerana tidak kuasa haku memberi jawapan persoalanmu

tidak mampu mempamerkan keceriaan di wajahku
janganlah kamu beranggapan haku memusuhimu
hari yang serba tidak kena
tak seceria hari-hari semalam
hanya mahu bersendirian dan diam
tolong mengerti haku..