Ahad, 4 September 2011

Google : Freddie Mercury


nie video sempena memperingati Freddie Mercury oleh google..
hee best2
jum kita tengok sesama..

bagi sesiapa yang tak mengenali beliau
boleh klik link kat bawah nie

Eid 2011..

salam..
rasanya tak terlewat lagi untuk saya ucapkan
"selamat hari raya maaf zahir & batin"
bila berada di kampung peluang untuk update blog kesayangan memang tipis
disebabkan line broadband yang tak berapa ok..

hari nie saya kembali !!
esok sudah memulakan rutin harian sebagai seorang mahasiswi
ganjaran selepas cuti ialah test-test yang sangat-sangat dinantikan
bila di rumah buku-buku memang jauh dari pandangan
so malam nie nak pulun abis study,,
sila jangan tiru cara saya nie..

raya tahun nie
alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga
biarpun kini abang long hanya bersama anak-anaknya
kegembiraan masih ada
terubat rindu mak dan ayah 
bila dapat berjumpa ketiga-tiga cucuya..
semoga ALLAH membuka jalan yang terbaik untuk keluargaku


Rabu, 24 Ogos 2011

wordless wednesday- mood raya !!


Sabtu, 20 Ogos 2011

kau buat ku jatuh cinta


saya sedang jatuh..
jatuh hati pada lagu ini..
ost ramadhan terakhir di tv3

alunan muzik dan lirik
yang sangat "kena" dengan jiwaku


Lirik Lagu Jangan Lupa Namaku - Pompa Bensin

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingati mu
Kerana
Aku mencintaimu

Andai aku
Bisa bertemumu
Dengan senyum ku tadah syukurku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merindui mu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana
Aku merindui mu
Hmmm Kerana aku sentiasa menyintaimu

malam lailatul qadar

Golongan beriman tetap berusaha menunggu malam lailatul qadar

MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.

Namun, bagi Ramadan yang penuh keberkatan, pada setiap tahun akan diserikan dengan malam istimewa iaitu malam lailatul qadar. Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Ada dua definisi lailatul qadar iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.
Kedua, malam penentuan dari Allah SWT kerana al-Quran yang diturunkan adalah penentu atau pemisah antara kejahilan dan kebatilan. Ada berpendapat malam itu Allah akan menzahirkan kepada malaikat akan ketentuan rezeki, ajal dan masa depan seseorang hamba.

Mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadat puasa akan dapat menikmati ganjaran yang tidak mungkin dapat dicapai sepanjang umurnya iaitu ibadat selama kira-kira 85 tahun. Bagi mereka yang beriman akan sentiasa mencari dan bersedia menanti dengan penuh harapan.

Pada malam lailatul qadar, penghulu malaikat iaitu Jibril akan turun bersama beribu-ribu malaikat. Jibril tidak pernah turun kecuali pada malam istimewa ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Pada malam itu turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya.”
Mereka masuk pada setiap rumah orang yang beriman dengan membawa rahmat dan kesejahteraan. Mereka yang derhaka kepada orang tua, memutuskan hubungan silaturahim serta berterusan minum arak akan dijauhi malaikat.

Malam istimewa ini sudah diceritakan Baginda SAW dalam hadis diriwayatkan daripada Aishah yang bermaksud: “Tuntutilah malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir dari Ramadan.”

Pengarang Kitab Fathul Wahhab menyebut, jika awal puasa jatuh hari Ahad atau Rabu, maka lailatul qadar pada malam 29. Jika puasa bermula hari Isnin, maka lailatul qadar pada malam 27. Jika puasa hari Selasa atau Khamis, maka ia jatuh pada malam 25. Jika puasa Jumaat maka ia jatuh pada malam 21. Jika puasa pada hari Sabtu, maka lailatul qadar adalah pada malam 23.

Ulama bernama Abu Al-Hasan berkata: “Setiap tahun dalam hidupku telah mendapati malam itu dengan menggunakan kaedah ini. Namun, ia tetap menjadi rahsia Allah SWT supaya orang yang beriman akan terus berusaha mendapatkannya.

Apa yang penting bagi umat Islam ialah menghidupkan malam istimewa ini dengan beriktikaf di masjid, berselawat, zikir, istighfar, qiamullail dan berdoa.

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh pada malam lailatul qadar, maka sesungguhnya dia sudah mencapai lailatul qadar dengan sempurna.” (Al-Hadis).

Orang Islam hendaklah memastikan rumah mereka dihiasi dengan alunan kitab suci serta melakukan perkara diredai Allah SWT sebagai tanda ucapan selamat datang kepada malam lailatul qadar.

Mereka yang mendapat lailatul qadar adalah mereka yang berpuasa dalam erti kata sebenarnya, memahami puasa bukan hanya menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi menahan diri dari segala perkara yang menodai keimanan serta godaan nafsu keinginan yang tiada sempadan.

Penulis ialah Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)

Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
bhagama@bharian.com.my
2011/08/20

Rabu, 17 Ogos 2011

emosi..

jangan senyum kepadaku
kerana bibirku tidak mampu mengukir senyuman

jangan bertanya kenapa aku..
kerana tidak kuasa haku memberi jawapan persoalanmu

tidak mampu mempamerkan keceriaan di wajahku
janganlah kamu beranggapan haku memusuhimu
hari yang serba tidak kena
tak seceria hari-hari semalam
hanya mahu bersendirian dan diam
tolong mengerti haku..

Selasa, 16 Ogos 2011

Nuzul Quran..

17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

al-Quran
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi,al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-‘Alaq:1-5)

Ditulis oleh Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Jakim

Isnin, 15 Ogos 2011

beliau pun hebat berpuisi :)

salam.

ha, tertanya-tanya tak siapa beliau tu?

mesti korang nak tahu siapa beliau kan..

beliau seorang pemuzik,penyanyi dan seorang bloggers juga :)

sesiapa nak tahu siapa beliau

klik kat bawah nie

Jawa a.k.a USERMODES

dan dibawah nie puisi yang diilhamkan beliau:

LEMBAR NIRMALA

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Fajar menjamah keheningan kota

Sayup deringan empat bahasa

Hilang merdeka titah berwarna

Kerdilnya ghairah merempuh pesona

Cinta nirmala didendang seirama

Derap pencinta kuning bersahaja

Seindah bahasa, seindah panorama

Di hujung telapak jari yang lima

Dabik megah pendukung takhta

Taming Sari di hamparan bunga

Dibasahi kemarau tangisan bercuka

Sujud ternoda di awan bicara

Senja yang merah bersulam jingga

Di langit biru mengintai si dara

Keringat kuasa menongkat pujangga

Noktah kuning dihujung pena....

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

© Aduka Seri Perkasa

hanya mampu rindu..


salam..
rindunya...
bukan kat boyfriend ya,tapi kat anak-anak buah saya..
sampai termimpi-mimpi..
tersedar dari tido, terus menangis..

dah lama tak berjumpa mereka..
mahu jumpa tapi dihalang..
kejam sungguh,
hanya mampu berdoa..

dia seorang ibu,
tapi dia tak faham apa perasaan perempuan lain..
even dah takda relation dengan abang saya sekali pun
perlu ke halang saya berjumpa dengan anak-anak buah saya..

saya dan emak yang jaga mereka
bila dia sibuk bekerja..
dari bayi hingga dah pandai berjalan,bercakap..
jujur, mereka dah macam anak saya..
terluka sungguh bila dihalang untuk berjumpa..

mungkin saya hanya 20 tahun
tapi bayangkan bila berada ditempat saya..
bayi yang korang jaga dari masih merah
dijaga seperti anak sendiri
dan satu masa korang dihalang untuk berjumpa mereka.

ya saya tahu saya tiada hak ke atas mereka
tapi perlu ke halang saya berjumpa anak-anak buah saya..
tahu tak betapa rindunya saya..



Khamis, 11 Ogos 2011

alhamdulillah, rezeki..

salam..
pagi tadi time haku blogwalking.
ada satu blogger nie buat entry pasal kuih-muih..
then saya pun usha-usha la gambar-gambar yang ditunjukkan.
then
.
.
.
.
.
kuih tu ! kuih yang saya teringin nak makan..
sangat berwarna warni
tergoda tau, nasib baik puasa..
kuih yang say maksudkan ialah kuih ini..
taraaa...




nama kuih nie, kuih lompang..
hee dah lama tak makan tetiba teringin
lepas abis tutorial, classmate ajak pergi bazar ramadan kat pekan alor gajah
wahhh apa lagi peluang untuk cari kuih nie.
mula-mula macam hampa sebab tak jumpa pun kuih nie..
tapi akhirnya jumpa jugak,,
dek kerana nafsu saya beli rm2
tamak kan saya, sila jangan ikut
hehe

alhamdulillah, rezeki saya hari nie :)
tapi lupa snap gambar..
hehe
saya search kat google je..




gambar ihsan google

Rabu, 10 Ogos 2011

maksud istidraj..

salam.. apa itu istidraj? persoalan yang sering bermain difikiran,, dan saya telah menjumpai satu artikel yang sangat bagus untuk dikongsikan. untuk menulis artikel seperti ini sangatla memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi.. mari kita renungkan bersama-sama :)

Maksud Istidraj
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


sumber : peribadi rasulullah

Isnin, 8 Ogos 2011

long distance..

salam..

wahh tajuk, macam lagu bruno mars kan.. hee sebenarnya pagi-pagi nie saya melayan jiwa dengar lagu bruno mars.. entah kenpa kan? ceh buat-buat tak tahu pula ya cik dayah.. seyes, saya rindu kat encik BF. dia jauh di pantai timur dan saya pula di melaka. call dan sms jadi penghubung, tapi tu dah mencukupi. masih belum ada kesempatan untuk berjumpa dengan beliau, bila plan ada sahaja halangan. ramai kawan-kawan cakap hubungan jarak jauh nie susah, banyak dugaan dan akan berakhir dengan perpisahan.


Ya saya admit, ada betulnya juga.. bagi orang yang tidak alami dan tidak ada di situasi saya. tak adil juga kita terus beranggapan macam tu kan. kami berdua dah tahu risikonya, dan awal-awal lagi kami dah cakap kat diri untuk jaga hubungan tu semampu yang boleh. kita merancang ALLAH menentukan. jujur, kami pernah diduga. tetiba dalam perhubungan kami, kami hilang arah. apa yang saya maksudkan hilang arah ialah persefahaman yang sebelum nie dipupuk seakan hilang. muncul pertengkaran-pertengkaran yang buat salah seorang dari kami terasa hati,kecewa dan macam-macam lagi. kami berdua sedar, then cuba untuk macam dulu. nak tahu tak ia sangat susah.. sampai salah seorang dari kami hampir give up dan mahu melepaskan hubungan kami. penuh dengan tangisan tapi kami masih sayang.. berat untuk melepaskan hubungan nie dan kami berdua terus bagi peluang antara satu sama lain.


Alhamdulillah, dengan doa-doa dan percubaan untuk perbaiki hubungan nie. kami berjaya mempertahankannya. bagi saya yang berada dalam situasi hubungan jarak jauh nie yang paling pentig ialah kejujuran. even pahit untuk berkata jujur tapi hasilnya insyaALLAH baik. komunikasi dua-dua pihak sangat diperlukan, sebab melalui ini kita perlu tahu perasaan pasangan masing-masing. selalu bersabar dan jangan cepat melenting. jaga batasan dalam pergaulan,selesaikan masalah dengan perbincangan dan doa kepada ALLAH. itu yang paling utama.

gambar ihsan google

Ahad, 7 Ogos 2011

suka sangat judge orang lain..


salam..

ok, entry petang nie diilhamkan ole matlutfi,, hee maafla,dah peminat kan.. saya tertarik dengan one of beliau punya vlog yang bertemakan judgemental atau dalam bahasa melayunya pertimbangan atau penilaian. ya di akui separuh daripada kita suka menilai orang lain tanpa berfikir dahulu. seolah-olah perlu mancari kesalahan orang lain dan membuat tuduhan melulu. tidak ke kita terfikir perasaan insan terbabit, kadang-kadang dia tak bermaksud pun nak begitu begini. kita pula dengan senang hati je menuduh insan terbabit. ya tidak salah untuk menegur tapi biarlah dengan cara yang berhikmah bukan untuk menjatuhkan.

contohnya, bila orang kawin muda,mesti akan ada yang cakap. "hah, tu dah terlanjur la tu",
atau pun bila kita bersedekah "hah, tu nak menunjuk la tu". sedarka kita hanya ALLAH sahaja yang boleh menentukan seseorang tu baik ke jahat.

lagi satu kalau kita semua perasan, bila timbulnya sesuatu masalah. kita akan dengar sebelah pihak dan terus menjatuhkan hukuman. ok dia nie manusia paling jahatla, luar je baik dalam hancur. situasi nie penahla berlaku kepada saya, apabila orang menyatakan saya perampas boyfriend orang. saya tak tahu macam mana cerita tu tersebar, ya, ada salah faham antara saya dan insan lain, dan saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang salah faham tersebut. pelik kan? mestila ada orang bercerita, yang pendengar pula dengar sebelah pihak terus menyalahkan saya. tentang masalah nie saya hanya berdiam diri. nak tahu kenapa? sebab itu yang dijanjikan, saya berpegang pada ini "kalau kita jaga aib orang, ALLAH jaga aib kita" dan takde pula saya nak melenting or nak pergi menyerang insan terbabit untuk mendapatkan penjelasan. untuk apa, kalau dah tahu diri tak salah diam jelah.. balasan tu ALLAH yang tentukan.

Rasulullah SAW bersabda : "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwudhuk" (Hadis Riwayat Abi Daud)

apa yang saya nak sampaikan kat sini, dengar cerita dua belah pihak. baru adilkan. then nak judge ape pun judge la.. dan lagi satu kita tak perlu nak pengaruh orang lain dengan cerita yang kita tak tahu kesahihannya. saya tak kisah apa orang kata, yang penting saya tahu siapa saya dan orang yang rapat dengan saya setakat nie alhadulillah sangat memahami. kan lagi baik sebelum kita judge orang lain, kita muhasabah diri. perbaiki diri sendiri dahulu dan kalau dah kukuh akhlak peribadi diri boleh la tegur orang lain tapi mestilah dengan cara yang berhikmah.

di bulan suci ini, marila kita renung-renungkan. boleh menilai orang lain tapi janganla keterlaluan samapi menjatuhkan insan tersebut. cuba kita fikir kalau ia berlaku pada diri kita. kalau kita dah berusaha untuk menjaga hubungan sesama manusia tetapi masih ada yang judge kita macam-macam.. buat tak dengar dan jangan layan. bersabar dan doakan dia mendapat hidayah dariNYA.

Kesimpulannya, kita jangan terlalu cepat menghakimi dan menghukum orang lain. ALLAH tu maha adil, senjata kita ialah doa. mohon doa dariNYA, tunjukkan kebenaran insyaALLAH kebenaran akan terbuka.

kalaula semua belia di Malaysia macam Matlutfi :)


salam..
saya salah seorang peminat matlutfi,,
kenal tak?? ala vlogger terkenal tu..
memang saya akan menanti vlog baru dari beliau,
dan tadi saya dapat tahu matlutfi dah ade vlog yang terbaru..

ok yang bestnya kali nie
matlutfi telah adakan satu program la macam tu lebih kurang
sempena hari kemerdekaan nanti
dia akan buat satu vlog yang melibatkan semua orang bukan beliau sahaja

cara-cara nak join program nie senang je
pada sesiapa yang selalu upload video kat youtube
korang boleh buat response vlog untuk blog matlutfi yang terkini,,

korang kena cakap macam nie contoh,
saya bangsa melayu,
bangsa saya mengajar saya untuk menghormati satu sama lain
ataupun
saya orang islam,
agama saya agama saya menyuruh saya untuk berbuat baik walaupun
kepada penganut agama lain..
untuk bangsa lain vice versa.

senang je kan,
syaratnya time buat video tu korang kena senyum,kalau tak akan di reject,,
nanti matlutfi akan compile kan semua response vlog untuk dijadikan satu
dan akan diupload di youtube hari kemerdekaan nanti..
kagum sungguh dengan usaha beliau untuk menyatupadukan semua bangsa..
saya bangga dengan awak matlutfi :)

nak tahu selanjutnya korang boleh klik link kat bawah

keberkatan dalam mencari rezeki..


salam,,
tidak dapat melelapkan mata dek batuk-batuk yang berterusan,, tetiba je batuk teruk malam nie.. ubat telah saya makan,harap esok pulih,, sedang seronok menziarah blog sahabagt blogger,tetiba saya teringat tentang kata-kata pensyarah law saya tentang perihal keberkatan.. "orang kampung yang ada anak 5- 6 orang tu boleh je besarkan anak-anak mereka,ada yang berjaya pulak tu" tu sebab rezeki yang mereka cari penuh dengan keberkatan.. kalau duit banyak tapi tak berkat takde gunanya.. kebahagiaan berada jauh dari mereka.

apa yang saya nak sampaikan kat sini, bukan hanya orang kampung atau orang berpendapatan sederhana je boleh bahagia,, orang kaya pun boleh jika rezeki mereka itu dari sumber-sumber yang halal dan diredhai ALLAH.

dalam sebuah hadis qudsi ALLAH berfirman dalam soal rezeki :

" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam: ” Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakin
ya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na’im dari Abu Hurairah r.a)


justeru itu, sangatla penting kita menitik beratkan sumber rezeki kita, jangan hanya mahukan kesenangan, terima sahaja konsep "matlamat menghalalkan cara". bila rezeki tak diredhai ALLAH, kebahagiaan pun tidak mahu dekat. hidup dalam keadaan yang tidak tenang, bila di berikan sedikit ujian mulalah nak melenting dan menyalahkan tuhan.



ini sebagai peringatan kepada saya juga, alhamdulillah saya dibesarkan dalam keluarga yang hidup bersederhana,, ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan telah mengajar saya untuk hidup bersederhana. tidak berbaloi berpura-pura hidup senang,saya tidak malu dengan siapa saya sebenarnya. saya menilai kemewahan melalui titik peluh seorang ayah yang berpanas berhujan dilautan. sedikit pembaziran sahaja boleh memberikan tamparan hebat bagi saya,, keran bagi saya setiap apa yang saya miliki adalah hasik kudrat seorang ayah yang terpaksa berkorban untuk anaknya..

semoga rezeki keluarga kami sentiasa mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH.

"dan Dialah, ALLAH yang menundukkan lautan untukmu), agar dapat memakan daripadanya dagung yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu lihatla bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnaiNYA dan supaya kamu bersyukur" (An-Nahl : 14 )



Sabtu, 6 Ogos 2011

kartun zaman kanak-kanak..


salam..
ok kali nie saya nak cerita pasal kartun feveret saya time kecik-kecik dulu..
hee usop sontorian nie kartun paling best yang saya suka,,
bukan saya sorang je yang suka..
abang-abang saya pun suka..
duduk sama-sama depan tv tengok cerita nie,,
sekarang,kalau teringin nak tengok kartun nie
saya tengok kat youtube..

keluang man,, keluang man,,
terngiang-ngiang lagi lagu kartun nie..
hehe saya paling suka part yang dia cerita pasal ex-awek keluang man,,
comell je rasa

yang nie pulak abang-abang saya suka tengok
saya apa lagi join sekali,,
suka dengar suara-suara kartun nie
hehe

yang nie bukan setakat tengok kartun dia,
komik dia pun saya suka beli,,
tapi tak dapat dikesan dah komik-komik tu..
paling kesian kat bun, sebab selalu kena marah.
ajib pulak manja dengan abah..

hee kartun nie sangat comel,,
time kecik-kecik
selalu cakap kan best kalau dapat tinggal rumah yang yogies yang unik tu..
bentuk telur..
sangat kawaiiiii :)

verification word punca masalah..

salam..
ramai sahabat blogger
mengeluh tak boleh nak komen kat blog saya..
sebab verification word tu
maaf ya..

ok lepas nie dah boleh komen
saya dah ubah setting dia
terima kasih kat blogger nie
sebab buat tutorial pasal verification word nie..

saya orang baru belajar,,
kalau ada apa-apa yang salah
beri teguran ya..
terima kasih..

masih ingat lagi permainan zaman kanak-kanak?

salam..
hehe jum kita mengimbau zaman kanak-kanak lagi..
kali nie kita cerita pasal permainan time kecik-kecik dulu..
permainan nie korang mesti tahukan?
dulu time tunggu nak masuk kelas agama
saya dan rakan-rakan akan penuhi masa terluang dengan main ceper..
hehe sampai ustaz penah anjurkan pertandingan ceper
cool tak?? hehe
yang nie pulak, semua budak lelaki mesti tahu kan..
dulu suka tengok abang-abang saya main guli..
kalau menang masyuk oooo..
dapat banyak guli dan guli yang power-power..
sampai sekarang peninggalan guli-guli yang dimenangi abang-abang saya masih ada
cuma jumlahnya telah berkurangan,,



saya panggil permainan nie, baling tin..
korang pulak panggil apa ya?
hehe feveret haku nie time kecik-kecik..
gi kat tempat makcik-makcik buang sampah
cari tin susu,pilih yang elok-elok je supaya boleh susun cam ala-ala piramid..
sekali baling... berdentang denting la bunyi tin jatuh..
owhhh rindunya saya dengan bunyi-bunyi itu.. :)

patung kertas nie pulak feveret gadis-gadis..
seronok je kan boleh tukar-tukar baju dia..
nak beli patung yang real tak mampu..
beli yang nie je mampu..
sibuk nak tunjuk patung kertas siapa yang paling cantik kan kawan-kawan..



saya suka kumpul pemadam yang comel-comel nie..
bila ada design baru sibuk nak tunjuk kat kawan-kawan..
pastu adala yang jeles, then ada la yang berebut nanti..
seronoknya zaman kanak-kanak..
kita semua naifkan time tu


dulu suka main lompat getah..
mak selalu marah..
tak elok main lompat getah depan budak lelaki
tak sopan katanya..
tapi bestkan..
siapa dapat lompat paling tinggi
semua orang mesti cakap
"wah !!! terer la kau !!"
hehe



Khamis, 4 Ogos 2011

makanan zaman kanak-kanak haku dulu.. (=




salam..
tetiba memalam nie teringat time sekolah rendah dulu..
makanan-makanan ringan yang diminati
kawan-kawan sebaya..
bestkan kalau kita mengimbau memori lama..

baru terasa rindunya
zaman kanak-kanak..
pantaskan masa berlalu..
jum kita layannn makan feveret saya masa kecik-kecik dulu (kecik ke? agaga)

yang nie gula-gula susu lau tak silap..
saya suka pembalut dia, senang nak buka..
pakai kertas je, dan sangat murah




yang nie pulak haku panggil asam je..
haku tak tahu apa orang lain p
anggil..
rasa dia masam manis,, sgt sedap :)
comelkan bulat-bulat..



yang nie pulak gula-gula arnab..
haku suka sebab macam ade plastik yang cair dalam mulut tu..
hehe dulu kalau mak beli mesti berebut dengan adik-adik..


sebenarnya banyak lagi makanan zaman kecik-kecik dulu..
korang mesti ingat..
ada yang masih dipasarkan, dan ada yang dah tak wujud dah..
comell plak tetiba ingat zaman kecik-kecik nie..
kalau korang ada teringat mana-mana makanan zaman kecik-kecik,,
gi mintak tolong kat pakcik google,,
insyaALLAH ada lagi gambar-gambarnya :)

nak buat contest :)

salam..
kalau saya nak buat contest ade yang nak join
saya nak buat contest kongsi bakat menulis puisi
tema, tak kisah apa-apa,,
semua jenis tema puisi diterima..

sahabat-sahabat bloggerr,,
ada yang na join tak contest nie..
kalau ramai yang nak join insyaALLAH..
contest ini akan diadakan :)

sila bagi feedback ya :)

istimewa untuk follower ke - 100 : cik ayuni zafira

salam..
alhamdulillah ada rezeki lebih,,
saya dengan senang hatinya nak hadiahkan
topup rm10 kepada follower ke-100
iaitu

sila emailkan num handphone anda ke alamat email sy ok?

norhidayahmdjelani91@yahoo.com

Rabu, 3 Ogos 2011

rindu nak tengok filem AADC (=


Salam..
tetiba terdengar lagu ada apa dengan cinta..
then terus teringat filem kegilaan ramai gadis time sekolah dulu..
haku nie seorang peminat puisi,,

lau korang selalu follow apa yang haku tulis..
haku lebih suka guna kata-kata
seperti ayat monolog dalaman..
ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
itula haku..
jum kita layan puisi-puisi rangga:

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
ku lari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ingin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah…ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai..

dan yang ini ,,,

perempuan datang atas nama cinta
Bonda pergi kerana cinta
Digenangi air racun jingga adalah wajahmu
Seperti bulan lelap tidur di hatimu
yang berdinding kelam dan kedinginan
Ada apa dengannya
Meninggalkan hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku melihat karya surga
dari mata seorang hawa
Ada apa dengan cinta

Tapi aku pasti akan kembali
dalam satu purnama
untuk mempertanyakan kembali cintanya..

Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku
Karena aku ingin kamu
Itu saja.