Sabtu, 12 September 2009

Handphone idamanku.....


niela hp idaman haku , gempak n cun giler.... sekali tengok dah terus rase nak beli,haku sempat google pic hp yang haku idamkan nie.. so korang tengok la ye...

haku and ecah...











nielah roomate haku yang selalu haku cter.. kiteorang memang rapat sangat kat cini.. die ni boleh ngam dengan hakula... pergi mane2 memang berdua je,ape2 kongsi berdua je.. nie antara gambar-gambar kiteorang berdua..

Malam pembentangan manifesto dipac...











Assalamualaikum...
nie haku nak citer pasal manifesto yang dibentangkan oleh calon-calon yg akan diundi oleh student yang ambil public admin... pestime tu terlibat dengan program mcm nie.. hehe rase macam pergi mengundi betul-betul pulak.. memang satu pengalaman yang bagus la untuk student baru macam haku nie..
ade gak janji2 yg tak logok yang para calon bagi.. haku dah gelak-gelak dengan bestfriend haku kat dalam dewan.. ade gak yang bagi idea yg bernas.. dah tentula haku akan undi calon yang bagus nie..
kat dalam dewan ni jugakla haku terpandang n terkesima dengan kehenseman salah sorang senior haku.. syafik namenye.. memang hensem kalau korang tengok mesti cair abis.. huhu...








Jalan-jalan





























Jumaat, 4 September 2009

Muke tension??

Hurm........

Classmate haku selalu cakap muke haku macam orang tension,pelik haku.. padahal haku ok je,takde pulak nak tension-tension ni.. kalau kadang-kadang dengar diorang cakap macam tu takpe gak,nie selalu diorang cakap.. haku tertanya-tanya.. haku memang akan serius time dalam class or buat assignment.. haku bukan jenis yang bolaeh gelak-gelak kalau berada dalam dua situasi tu.. tu ke sebab diorang cakap haku selalu nampak tension.. ke diorang masih tak dapat nak detect haku ni macam mana orangnye..

actually haku tak suke nak tahu and dengar statement diorang tu.. sebab haku tak tension pun kawan-kawan sekalian... haku kene ubah ke sikap haku nie? haku yang belum dapat sesuaikan diri ke diorang yang tak boleh terima sikap haku nie.. kadang-kadang haku rase diri haku ni teruk.. sebab haku ade sikap yang buat orang rase jelik kot.... terasa hati gak.. nie yang buat haku rindu kat kawan-kawan kat sekolah dulu.. geng haku rindu korang sesangat la beb.. korang je yang boleh terima haku seadanya..

Air tangan mama.......

Assalamualaikum.......

Hari nie haku buke puasa makan maggie je. dengar je dah tak best kan... hari nie tak rase nak makan nasi langsung,ade duit tapi tengok lauk je dah hilang selera haku..... sebenarnye haku rindu masakan mama haku. huwaaaaa!!!!!! sedih giler,kat sini makanan tak best,bukan tak bersyukur tapi.. makanan diorang tak kene dengan selera org johor macam haku.. takde yang pedas-pedas dan takde langsung makanan johor.. jemu dah haku tengok makanan-makanan kat bazar tu.. takde yamg boleh tarik perhatian haku langsung.. memang betul la orang cakap,air tangan ibu takde siapa pun boleh tanding..

satu lagi, U haku nie jauh dari bandar.. nak ke bandar kene naik bas.. dah la ambil mase yang lame nak ke bandar pastu naik bas ynag takde aircond and bas yang dah uzur giler.. bayangkan,dahla panas bersesak-sesak lambat pulak tu.. selagi tak penuh penumpang selagi tu gak driver bas tu akan ambil penumpang sampai bersesak-sesak dalam bas.. sekali je la haku ke bandar gamaknye kalau macam tu keadaannya....

hari nie haku rase nak merungut je,teruknye haku.. tapi nak buat macam mane... itu yang haku rase sekarang..

Ahad, 30 Ogos 2009

Rahsia senyuman dan ketawa

Di setiap pagi, matahari mula menampakkan dirinya dan ia tidak lupa untuk melakar senyuman manis dengan sinar cahayanya yang dapat memberi rahmat dan manfaat kepada seluruh alam ini. Begitu juga dengan manusia, Allah SWT menganugerahkan senyuman, maka lakarkanlah senyuman selalu sebagai tanda bersyukur di atas anugerah itu. Hidup ini menjadi lebih indah dan berseri sekiranya kita tidak kedekut dan sentiasa melakar senyuman terutamanya kepada orang-orang tersayang dan dekat dengan kita iaitu ibu bapa, suami, isteri, anak-anak, jiran tetangga dan kawan-kawan.Bayangkan hidup ini tanpa senyuman atau ketawa, adakah kehidupan ini menjadi indah ?
Islam juga mengalakkan kita senyum. Sabda Rasulullah SAW : “Senyum itu adalah sedekah”. Hadis ini memberi motivasi kepada kita bahawasanya senyuman itu umpama kita bersedekah. Paling mudah dan senang untuk dilakukan. Tetapi tidak semua mengetahui apakah rahsia disebalik senyuman itu terutama dari segi kesihatan. Betul tak ?
Ya…Bila ditanya apakah kelebihan dan istimewanya senyuman anda itu ? Em ada yang menjawab, “ia boleh merapatkan dan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama insan, menghilangkan steress dan sebagainya”. Jawapan yang diberi itu memang betul, tetapi tahukah anda senyuman juga boleh menjadi penawar terbaik pada kesihatan terutama kepada jantung kita.
Kajian telah dibuat di California, menurut kajian tersebut doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalakkan menonton program komedi. Pesakit yang disifatkan sebagai ’suka ketawa’ menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.
Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan. Dr Lee Berk dari Universiti Loma Linda di California, yang mengetuai kajian, berkata: “Pakar klinikal terbaik memahami ada campur tangan fisiologi asas mengenai emosi positif seperti suka ketawa, optimis dan harapan seseorang. “Jadi, pilihan seseorang mengenai gaya hidup memberi impak penting kepada kesihatan dan penyakit.”
Luahan ketawa sebagai antara bentuk rawatan sudah dicadangkan sejak berdekad lalu, tetapi tidak banyak bukti kukuh mengenai kesan dari segi kesihatan kepada pesakit.
Bagi kajian terbaru, pesakit diminta memilih program komedi atau filem yang mereka dapati paling melucukan. Mereka kemudian diminta menonton program pilihan untuk sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama 12 bulan.
Hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan ‘Experimental Biology’ di New Orleans, menunjukkan selepas setahun kumpulan yang disifatkan suka ketawa menunjukkan peningkatan 26 peratus kolesterol baik.
Pesakit yang cuma mengambil ubat tanpa banyak ketawa cuma menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus. Kumpulan yang menonton program komedi juga menyaksikan penurunan 66 peratus dalam jumlah protein reaktif C yang merosakkan dan meningkatkan risiko sakit jantung, dalam tubuh. Sementara kumpulan satu lagi turut menyaksikan kejatuhan jumlah protein itu tetapi pada jumlah lebih kecil iaitu 26 peratus selama lebih setahun.
Kesimpulannya, setiap apa yang dianjurkan oleh Islam pasti ada hikmah dan rahsia disebalik suruhan itu. Cuma kita sahaja yang kurang mengkaji apakah rahsianya disebalik suruhan itu. Oleh itu, mulakan hari baru anda dengan lakaran senyuman dan ketawa kerana ia membuatkan diri anda merasa bahagia dan baik untuk kesihatan diri..
Diambil dari : Http://ibnismail.wordpress.com