Jumaat, 20 November 2009

Ambillah iktibar dari pohon semalu wahai wanita..


Pada suatu hari, Rasulullah S.A.W berjalan-jalan bersama-sama puteri baginda , saidatina Fatimah r.a. Setibanya meraka di bawah pohon tamar Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan....


Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada disitu dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahwasanya pohon semalu berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut...

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Kaum hawa hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek:

pertama,pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. ini boleh diibaratkan bahawa perempuan perlu ada perasaan malu (pada tempatnya)

kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. oleh itu, perempuan perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya sebagai seorang wanita islam.

ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dam mencengkam bumi. ini bermakna perempuan solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH RABBUL' ALAMIN.

dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. oleh itu, kaum hawa sekalian , kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

sumber : Kelab Remaja JIM ( Jamaah islah Malaysia negeri Johor )

Jumaat, 13 November 2009

perkara-perkara yang menyenangkan hati bapa (tetapi sering diabaikan oleh anak-anak)

  • memanggil bapa dengan panggilan yang mesra dan hormat
  • tidak sekali-kali menbantah cakap dan arahannya
  • hormati bapa sebagai ketua keluarga
  • tidak memanggil dengan namanya atau denagan gelaran yang tidak elok
  • cium tangan bapa ketika keluar rumah dan selepas solat
  • solat berjemaah dengan berimamkannya
  • melihatnya dengan pandangan hormat dan rendah diri
  • meminta keizinan daripada bapa untuk melakukan sebarang pekerjaan
  • memaklumkan kepada bapa semua aktiviti yang anda lakukan diluar
  • meminta nasihat bapa
  • menjaga nama baik bapa
  • tidak sekali-kali menjamah makanan sebelum bapa menjamahnya
  • merawat bapa dengan penuh kasih sayang ketika dia sakit

perkara-perkara yang menyenangkan hati ibu (tetapi sering diabaikan oleh anak-anak)

  • bercakap dengan suara yang lembut dan lunak
  • memanggil ibu dengan nada yang manja dan keanak-anakan
  • menceritakan kepadanya peristiwa2 yang berlaku kepada diri anda
  • meminta kebenaran daripada ibu jika hendak ke mana-mana
  • tidak memaksa ibu menberikan kebenaran untuk keluar rumah,jika dia mengatakan tidak
  • tidak mengingkari suruhannya
  • minta nasihat darinya dalam semua perkara
  • menjadikan ibu sebagai tempat mengadu
  • cium tangan ibu ketika hendak keluar rumah
  • selalu menghubungi ibu
  • membantu ibu menyiapkan kerja-kerja dapur
  • tidak memanggil dengan namanya atau gelaran yang kurang sopan
  • menulis warkah kepadanya dengan menggunakan bahasa yang indah dan puitis

Happy birthday nadee!!


  1. semoga panjang umur
  2. semakin cumel n cantik
  3. teruskan sikap gile-gile anda
  4. ko memang roomate yg best gile
  5. mrs zam harith kan3?
  6. bahagia selalu

Panduan mengenali pasangan

Makwe anda BELUM benar-benar mencintai anda jika :
  1. sering mengajak anda keluar jalan-jalan (buang masa)
  2. selalu sgt meminta anda belanjanya makan dan shopping
  3. asyik menghubungi anda siang dan malam
  4. ingin mengikut ke mana sahaja anda pergi
  5. selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
  6. tidak pernah mengingatkan anda utk bersolat apabila tiba waktunya
  7. tidak berminat berbincang soal pelajaran
  8. anda sering melihat dia melewatkan solat atau meninggalkan solat
  9. sering mengelak daripada bercakap tentang agama

MAKNANYA : jika semua atau salah satu ciri-ciri diatas di miliki oleh makwe anda, confirm dia memang TIDAK TELUS mencintai anda, tetapi lebih berminat dengan poket anda.

"JIKA DITERUSKAN HUBUNGAN DENGAN WANITA SEPERTI INI,BUKAN POKET ANDA SAHAJA YANG AKAN KERING MALAH PELAJARAN ANDA JUGA AKAN MEROSOT DAN TERGANGGU"

Pakwe anda BELUM benar-benar mencintai anda jika:

  1. sering menggangu dengan menelefon atau sms anda ketika sedang belajar
  2. sering mengajak anda ke tempat-tempat sunyi
  3. suka memegang tangan anda,kadang2 dia pura2 tidak sengaja
  4. selalu minta tolong siapkan assignment
  5. banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
  6. selalu minta dibelanja dan minta duit topup hp
  7. tidak berminat membincangkan soal pelajaran
  8. sering mengajak ke tempat yang tidak elok seperti kelab malam
  9. anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau bercakap hal2 agama

"JIKA BEGINILAH CIRI2 YANG TERDAPAT PADA PAKWE ANDA,JANGAN SEGAN2 MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN SEGERA.JELASLAH BAHAWA DIA TIDAK JUJUR MENCINTAI ANDA DAN KASIHNYA BERTUNJANGKAN NAFSU SERAKAH SEMATA2"

happy birthday kak emy!!!!!




  1. semoga panjang umur n murah rezeki
  2. dapat result gempak n dapat DL lg sem nie
  3. bahagia dgn bf tersayang
  4. semakin cumel n cantik
  5. akak paling best
  6. kteorg (dayah n mek) syg akak sgt ok!

hidup kamu bahagia dan tidak tenang jika...

hidup kamu bahagia jika.....

  1. kamu anggap masalah satu ujian utk membuat kamu bertambah kuat bknnyasatu musibah yg menjatuhkan hidup kamu
  2. ada diantara teman yg menyakitkan hati kamu namun kamu sedikitpun tidak memarahinya dan anggap itu adalah kekurangan dirinya
  3. apa jua kerja yg diberikan kpd kamu semuanya kamu lakukan dgn ikhlas tanpa sebarang rungutan
  4. biarpun kamu punya masalah wang namun itu tidak menghalang utk kamu membantu org lain yg lebih susah dari kamu
  5. kamu berkawan dgn semua org tanpa mengira siapapun dia dan apa pun latar belakangnya

hidup kamu tidak tenang jika....

  1. cepat marah dan melenting walaupun perkara kecil
  2. tidak pernah mengakui kesilapan sendiri dan sentiasa memberi alasan apabila membuat silap
  3. sentiasa cari peluang utk kenakan org lain dan tdk pernah rasa bersalah krn bagi kamu apa yg penting kamu selamat
  4. setiap kerja yg diberikan tdk pernah dilaksanakan dgn baik dan kebanyakkannya berakhir dgn kegagalan
  5. rumah dan meja kerja kamu tidak pernah tersusun. segala-galanya bersepah-sepah.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta

  1. dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bkn terpaksa
  2. dia sentiasa ingin hiburkan si kekasih dan membuat kekasihnya tersenyum dan ketawa
  3. byk menasihati kekasihnya
  4. berusaha mengongkong kebebasan kekasih krn cemburu yg meluap2
  5. sentiasa takut kehilngan kekasih
  6. sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn curiga
  7. tidak suka lelaki lain rapat dgn kekasihnya
  8. mudah cemburu dan sensitif apabila si kekasih tdk menumpukan perhatian kpdnya
  9. adakala spt ank kecil yg meminta perhatian
  10. sanggup menjadi org paling rajin utk membantu kekasihnya
  11. mula pandai merajuk krn ingin dipujuk si kekasih
  12. mengelabah bila si kekasih berjauhan terlalu lama darinya
  13. sentiasa memastikan keselamatn si kekasih
  14. mementingkan kekasihnya lebih dari diri sendiri
  15. kerap bertanya sama ada kekasihnya mencintainya
  16. tidak melayan gadis lain yg tdk ada urusan pnting dgnnya
  17. meluangkan lbh byk masa dgn si kekasih
  18. membanggakan kekasihnya dihadapan org lain
  19. kalau ditinggalkn kekasihnya,dia akan serik dan tdk percaya dgn cinta gadis lain dan mengharap kekasihnya kembali
  20. bila timbul org ketiga,dia akn hilang akal snggup berbuat apa shj utk merebut kembali kekasihnya
  21. menganggap kekasihnya sbg org yg paling dipercayai
  22. tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya
  23. bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan

p/s : betul ke fakta nie wahai lelaki2 sekalian????

Khamis, 12 November 2009

free

status : single
akusangatsedihok
bolehakumenangistak
akumemangmanusiakejam
tapisekurang-kurangnyeakutaktipudirisendiri
apeyangkotahupasalhidupakunothingok
kotaklayaknakcakapakuperempuantakdelife

Muraqabah

kisah Abdullah bin umar dengan seorang pengembala kambing..

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Dinar bahawa pada satu hari dia berjalan dengan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab dari Madinah ke Mekah. di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seorang anak gembala, yang sedang turun dari tempat pengembalaan kambing yang banyak. Khalifah ingin menguji sampai di mana anak gembala itu bersifat amanah. Antara keduanya terjadi percakapan sebagai berikut:

Khalifah : "wahai anak gembala, juallah kepadaku seekor anak kambing ternakanmu ini"
pengembala : aku ini hanya seorang hamba.
khalifah : katakanla saja nanti kepada tuanmu, anak kambing itu di makan serigala.
pengembala : kalau begitu dimana Allah? (Fa Innallah).amat pendek jawapannya, mendengar jawapan itu bercucuranlah air mata khalifah Umar r.a lantaran terharu. lalu khalifah pun pergi bersama-sama pengembala itu menjumpai tuan punya ternakan itu. ditebusnya kemerdekaan anak gembala itu dan lalu berkata dengan kalimah ini Fa Innallah telah memerdekakan kamu di dunia ini. semoga kalimah ini pula akan memerdekakan kamu di akhirat kelak.

lihatlah,seorang anak gembala lagi hamba yang tidak berpendidikan dan hidup didalam kelas sosial yg rendah tetapi memiliki sifat yg sgt mulia iaitu sifat merasa selalu diawasi oleh ALLAH S.W.T dalam segala hal. itulah yg disebut muraqabah.

seorang insan bernama ayah

ayah...

raut wajahmu
terbayang di fikiran..
penat lelahmu
tak dapat ku gambarkan...

air matamu
bagai satu letupan
terasa getarannya
menusuk pedih
ke segenap tubuhku

diam mu..
satu isyarat
kebisingan mu..
satu kemarahan

kudratmu..
membesarkanku
apa mungkin??
dapat aku beri balasan??

luahan hatimu
masih terngiang-ngiang
sayu hatiku
mengenangkan mu..
terasa rindu yang paling dalam
walau tak penah aku luahkan..

aku menyayangimu ayah..

anakmu norhidayah binti md jelani

* ayah walaupun sy x dpt kemewahan mcm org lain,sy bersyukur sgt dikurniakn seorg ayah yang bertanggungjawab. sy x malu nak beritahu sy anak seorang nelayan.. takde ape nak dimalukan dgn hakikat tu.. sebab sy tahu ALLAH dah berikan sy ayah terbaik dalam dunia nie..



plan cuti sem..

salam..

1. nak spend time ngan family
2. hang out dgn kwn2
3. jenguk sekolah n jenguk cikgu2 tersayang..
4. ikut ayah g laut,jenguk sangkar2 ikan
5. memasak utk family
6. shopping dgn adik
7. tlg abg settlekan hal rumah
8. cari novel
9. jalan2 menyendiri
10. mintak kate putus ttg hubungn ak

Rabu, 11 November 2009

Request from someone yang tak special mane pun...

giler gedik tajuk ak,haha soryy fren..

semalam best fren ak text ak.. die request balik cuti nanti die nak ak masakkan untuk die hari2.. weh ko ingat ak chef upahan ko ke??? hahaha.. boleh je babe,takde hal.. ak pun dah lame tak masuk dapur nie.. giler rindu kat periuk kuali kat dapur tu.. huhu.. babe,ak akan bagi ko rase resepi2 terbaru ak. so ko jgn risau,tak mati pun ko mkn masakn aku.. paling2 pun keracunan je.. hahah..

kalau korang nak tahu,ak nie memang suke memasak.. ape segala resepi baru ak akan cube.. ade yg mnjadi,n ade jugak yg tak.. yelah,kalau tak cube macam mane nak pandai memasak.. kene belajar dari pngalaman,so kite dah tahu ape yg patut kite buat n ape yang tak patut.. aku setuju dgn orang2 tua cakap.. perempuan kalau belajar tinggi mane pun,akhirnye ke dapur jugak.. yelah,nanti lau dah ade kerjaye xkan hari2 nak makan luar boleh membazir dibuatnye.. nanti dah kawin xkan nak ajak suami makan kat luar or suro suami masak.. tak patutkan macam tu..sebagai perempuan,aku rase skill n ilmu memasak tu msti kene ade..

ak rase lelaki pun akan pilih perempuan yang pandai memasak sebagai calon isterikan.. lelaki2 sile2 bagi komen anda.. hehehe

Sayang vs Benci



salam....

baru hari nie sempat update blog,sebelum nie bz sgt sb final exam dah dekat.. ak tgl lagi satu paper je.. hari ahad nie,dah boleh balik. gembira tak terkate la kan.. tak sabar2 nak jume family n kwn2 baik ak kt jb..

nie ak nak cerita sikit pasal perangai pelik ak.. lau couple mesti ak cepat bosan.. kenape?? ak selalu tertanye2.. sebab ak bz dgn study,macam dah tak de life or ak sebenarnye macam nak balas dendam kat insan yg bername lelaki nie.. yelah,ak pernah dipermainkan.. n now ak couple sebab ak nak permainkan lelaki ke? hurm,entah ape2 yang ak fikir nie..

gadis: u tak rase bosan ke ngan hubungan kite?

lelaki: kenape? u dah bosan ke?

gadis: a'ah i dah bosan.

lelaki: kenape? i ade buat salah ke?

gadis:takde,u tak buat salah ape2 pun. u layan i dgn baik sgt..

lelaki: abis tu,nape u bolaeh bosan? u dah ade lelaki lain?

gadis: ape u merepek nie? takde pun. tpi i da x rase ape2 dgn u

lelaki: abis tu macam mane?

gadis: kite xpayah teruskn,putus jela..i da tak rase ape2 dgn u,i xnak tipu u

lelaki: mendiamkan diri until now..

gadis: tertunggu2 jwpn si lelaki.. tak tahu dgn statusnye sekarang..


siyes,ak tension sgt sekarang.. need someone... kejam ke ak??? bersalah ke ak?? xde perasaan ke ak???? tapi perasaan ak sorang pu tak tahu,ape yang ak rase.. ape yang ak pernah alami... ak fhm msti korang akan ckp ak yang bersalah dlm hal nie.. hurm..

wasalam