Khamis, 12 November 2009

seorang insan bernama ayah

ayah...

raut wajahmu
terbayang di fikiran..
penat lelahmu
tak dapat ku gambarkan...

air matamu
bagai satu letupan
terasa getarannya
menusuk pedih
ke segenap tubuhku

diam mu..
satu isyarat
kebisingan mu..
satu kemarahan

kudratmu..
membesarkanku
apa mungkin??
dapat aku beri balasan??

luahan hatimu
masih terngiang-ngiang
sayu hatiku
mengenangkan mu..
terasa rindu yang paling dalam
walau tak penah aku luahkan..

aku menyayangimu ayah..

anakmu norhidayah binti md jelani

* ayah walaupun sy x dpt kemewahan mcm org lain,sy bersyukur sgt dikurniakn seorg ayah yang bertanggungjawab. sy x malu nak beritahu sy anak seorang nelayan.. takde ape nak dimalukan dgn hakikat tu.. sebab sy tahu ALLAH dah berikan sy ayah terbaik dalam dunia nie..



0 ulasan: