Khamis, 12 November 2009

Muraqabah

kisah Abdullah bin umar dengan seorang pengembala kambing..

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Dinar bahawa pada satu hari dia berjalan dengan Khalifah Umar Ibn Al-Khattab dari Madinah ke Mekah. di tengah perjalanan mereka berjumpa dengan seorang anak gembala, yang sedang turun dari tempat pengembalaan kambing yang banyak. Khalifah ingin menguji sampai di mana anak gembala itu bersifat amanah. Antara keduanya terjadi percakapan sebagai berikut:

Khalifah : "wahai anak gembala, juallah kepadaku seekor anak kambing ternakanmu ini"
pengembala : aku ini hanya seorang hamba.
khalifah : katakanla saja nanti kepada tuanmu, anak kambing itu di makan serigala.
pengembala : kalau begitu dimana Allah? (Fa Innallah).amat pendek jawapannya, mendengar jawapan itu bercucuranlah air mata khalifah Umar r.a lantaran terharu. lalu khalifah pun pergi bersama-sama pengembala itu menjumpai tuan punya ternakan itu. ditebusnya kemerdekaan anak gembala itu dan lalu berkata dengan kalimah ini Fa Innallah telah memerdekakan kamu di dunia ini. semoga kalimah ini pula akan memerdekakan kamu di akhirat kelak.

lihatlah,seorang anak gembala lagi hamba yang tidak berpendidikan dan hidup didalam kelas sosial yg rendah tetapi memiliki sifat yg sgt mulia iaitu sifat merasa selalu diawasi oleh ALLAH S.W.T dalam segala hal. itulah yg disebut muraqabah.

0 ulasan: