Jumaat, 10 Jun 2011

lepas seth tan, sekarang malek pulak..


salam..

sebenarnya baru balik tengok movie di GSC aeon bandaraya melaka with my classmate.. thanks guys :) kawan-kawan lelaki haku sibuk dan excited sangat nak tengok filem arahan Syamsul Yusof nie.. biasalah, lelaki memang suka tengok cerita aksi kan..

daripada apa yang haku tonton tadi, aksi pergaduhan yang dipaparkan sangat realistik dan buat penonton tak jemu menonton.. ada aksi kejar mengejar, tembak menembak di jalan ceritanya buat penonton berminat untuk terus menonton.. memilih Zizan rajalawak sebagai salah seorang pelakon pembantu memang sangat bijak.. kerana ada banyak scene yang berjaya membuat penonton pecah perut dengan aksi lucu beliau,,, watak beliau memang menghidupkan suasana dalam filem ini..

terdapat beberapa scene yang berjaya menyentuh perasaan penonton dan itu diantara scene yang haku suka. scene dimana malek@ aaron aziz melihat ibunya berniaga dikaki lima, berjumpa dan memeluk ibunya.. sangat menyentuh perasaan.. watak jai @ adi putra ketika memberi duit kepada kanak-kanak yang sedang tidur dikaki lima dan beliau menyelimutkannya,, buat penonoton terfifkir yang beliau masih mempunyai perasaan belas kasihan walaupun beliau seorang gangster..

pertaruhan Syamsul Yusof menjadikan pelakon lelaki sebagai watak utama sangat berjaya dan layak dipuji.. overall, cerita nie memang menarik sehinggakan classmate haku nak tengok untuk kali kedua..

0 ulasan: