Ahad, 7 Ogos 2011

keberkatan dalam mencari rezeki..


salam,,
tidak dapat melelapkan mata dek batuk-batuk yang berterusan,, tetiba je batuk teruk malam nie.. ubat telah saya makan,harap esok pulih,, sedang seronok menziarah blog sahabagt blogger,tetiba saya teringat tentang kata-kata pensyarah law saya tentang perihal keberkatan.. "orang kampung yang ada anak 5- 6 orang tu boleh je besarkan anak-anak mereka,ada yang berjaya pulak tu" tu sebab rezeki yang mereka cari penuh dengan keberkatan.. kalau duit banyak tapi tak berkat takde gunanya.. kebahagiaan berada jauh dari mereka.

apa yang saya nak sampaikan kat sini, bukan hanya orang kampung atau orang berpendapatan sederhana je boleh bahagia,, orang kaya pun boleh jika rezeki mereka itu dari sumber-sumber yang halal dan diredhai ALLAH.

dalam sebuah hadis qudsi ALLAH berfirman dalam soal rezeki :

" Allah berfirman kepada para malaikat yang diserahi urusan rezeki anak Adam: ” Hamba manapun yang kamu dapati yang cita-citanya hanya satu ( iaitu semata-mata untuk akhirat), jaminlah rezekinya di langit dan di bumi. Dan hamba manapun yang kamu dapati mencari rezeki dengan jujur kerana berhati-hati mencari keadilan, berilah rezeki yang baik dan mudahkanlah baginya. Dan jika ia telah melampui batas kepada selain itu, maka biarkanlah dia sendiri mengusahakan apa yang dikehendakin
ya. Kemudian dia tidak akan mencapai lebih dari apa yang telah aku tetapkannya untuknya. ( Hadis riwayat Abu Na’im dari Abu Hurairah r.a)


justeru itu, sangatla penting kita menitik beratkan sumber rezeki kita, jangan hanya mahukan kesenangan, terima sahaja konsep "matlamat menghalalkan cara". bila rezeki tak diredhai ALLAH, kebahagiaan pun tidak mahu dekat. hidup dalam keadaan yang tidak tenang, bila di berikan sedikit ujian mulalah nak melenting dan menyalahkan tuhan.



ini sebagai peringatan kepada saya juga, alhamdulillah saya dibesarkan dalam keluarga yang hidup bersederhana,, ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan telah mengajar saya untuk hidup bersederhana. tidak berbaloi berpura-pura hidup senang,saya tidak malu dengan siapa saya sebenarnya. saya menilai kemewahan melalui titik peluh seorang ayah yang berpanas berhujan dilautan. sedikit pembaziran sahaja boleh memberikan tamparan hebat bagi saya,, keran bagi saya setiap apa yang saya miliki adalah hasik kudrat seorang ayah yang terpaksa berkorban untuk anaknya..

semoga rezeki keluarga kami sentiasa mendapat keberkatan dan diredhai ALLAH.

"dan Dialah, ALLAH yang menundukkan lautan untukmu), agar dapat memakan daripadanya dagung yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai dan kamu lihatla bahtera berlayar padanya dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari kurnaiNYA dan supaya kamu bersyukur" (An-Nahl : 14 )



4 ulasan:

Popoi berkata...

insyaallah~~ ^^

Deqmie berkata...

popoi : terima kasih :)

Umie Artoqiemie berkata...

Amin..

Deqmie berkata...

umie : terima kasih :)