Isnin, 8 Ogos 2011

long distance..

salam..

wahh tajuk, macam lagu bruno mars kan.. hee sebenarnya pagi-pagi nie saya melayan jiwa dengar lagu bruno mars.. entah kenpa kan? ceh buat-buat tak tahu pula ya cik dayah.. seyes, saya rindu kat encik BF. dia jauh di pantai timur dan saya pula di melaka. call dan sms jadi penghubung, tapi tu dah mencukupi. masih belum ada kesempatan untuk berjumpa dengan beliau, bila plan ada sahaja halangan. ramai kawan-kawan cakap hubungan jarak jauh nie susah, banyak dugaan dan akan berakhir dengan perpisahan.


Ya saya admit, ada betulnya juga.. bagi orang yang tidak alami dan tidak ada di situasi saya. tak adil juga kita terus beranggapan macam tu kan. kami berdua dah tahu risikonya, dan awal-awal lagi kami dah cakap kat diri untuk jaga hubungan tu semampu yang boleh. kita merancang ALLAH menentukan. jujur, kami pernah diduga. tetiba dalam perhubungan kami, kami hilang arah. apa yang saya maksudkan hilang arah ialah persefahaman yang sebelum nie dipupuk seakan hilang. muncul pertengkaran-pertengkaran yang buat salah seorang dari kami terasa hati,kecewa dan macam-macam lagi. kami berdua sedar, then cuba untuk macam dulu. nak tahu tak ia sangat susah.. sampai salah seorang dari kami hampir give up dan mahu melepaskan hubungan kami. penuh dengan tangisan tapi kami masih sayang.. berat untuk melepaskan hubungan nie dan kami berdua terus bagi peluang antara satu sama lain.


Alhamdulillah, dengan doa-doa dan percubaan untuk perbaiki hubungan nie. kami berjaya mempertahankannya. bagi saya yang berada dalam situasi hubungan jarak jauh nie yang paling pentig ialah kejujuran. even pahit untuk berkata jujur tapi hasilnya insyaALLAH baik. komunikasi dua-dua pihak sangat diperlukan, sebab melalui ini kita perlu tahu perasaan pasangan masing-masing. selalu bersabar dan jangan cepat melenting. jaga batasan dalam pergaulan,selesaikan masalah dengan perbincangan dan doa kepada ALLAH. itu yang paling utama.

gambar ihsan google

3 ulasan:

nurani berkata...

alallal..windu cinta ye..
so sweettt...:)

Deqmie berkata...

yana : thanks,, nti sy singgah blog awak ya.. dn follow juga :)

nurani : hee thanks,, rindu kat beliau :)

Deqmie berkata...

nurain.. bagi link blog awak :)